“SPEECHLESS! ALHAMDULILLAH YA ALLAH!” – FITRI HARIS TERKEJUT ISTERI HAMIL

Menerusi entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram, juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua, Dr. Fitri Haris telah meluahkan rasa syukur apabila isterinya memaklumkan kini sedang berbadan dua. Fitri, 35, dikejutkan dengan berita berkenaan ketika sedang khusyuk bekerja di kediaman mereka baru-baru ini.

Image_1.jpg

“Speechless! Alhamdulillah ya Allah! Tak sangka… Kalau sakit jantung mahu tercabut. Terima kasih atas doa dan mohon doa dari semua. Alhamdulilah! Alhamdulillah!” tulisnya.

Dalam entri yang sebelum ini, Fitri memberi ucapan syukur dan ia seakan-akan memberikan bayangan khabar gembira darinya kepada peminat. Menerusi entri terbabit juga, ramai yang sudah membuat telahan bahawa isterinya itu kini hamil.

Mengimbas semula, hasrat Fitri untuk menimang cahaya mata pertama bersama isterinya itu tidak kesampaian setelah mengalami keguguran pada Januari lalu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura. Manakala Fazilah pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.

Fitri dan El atau nama sebenarnya Fazilah Omar yang merupakan pengurus peribadinya telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini dikurniakan seorang anak perempuan, Sofea Solehah yang kini berusia 16 tahun.

Manakala isteri Fitri pula pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg

Image_16.jpg

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker