NUBHAN PERTAHAN ISTERI: “ADA CAKAP MASA DEPAN AKAN MUSNAH LAH…”

“Amboi sedap mulut cakap wife saya tak diseraplah, propa lah, tamat kontrak lah dan macam-macam lagi. Sejak dia dpt tawaran bekerja tetap dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.

Image_1.jpg

“Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya. Tak apalah, pendapat orang macam-macam, ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnah lah.

“Tapi tak fikir ke entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tahu kan? Sebab kita bukan tuhan,” demikian kata penyanyi Nubhan yang menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isterinya, Afifah Tawfek berhenti bekerja sebagai doktor gigi kerana kontrak ditamatkan.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Kata Nubhan isterinya mendapat tawaran kerja tetap di hospital kerajaan pada Jun lalu tetapi membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Nubhan meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia memuat naik paparan skin surat tawaran isterinya diberi kerja tetap sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41. Bagaimana pun, Nubhan tidak mengendahkan kata-kata orang dan percaya kepada rezeki Tuhan.



“Dulu masa isteri saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekarang dah tak kerja, meh duit kau aku nak kikis haha. Dia sebaik perancang, Dia juga menentukan rezeki kita masing-masing.

Image_3.jpg

“Ramai yang tahu tapi mungkin kurang mengerti. Apa orang-orang ni kurang yakin dengan rezeki Allah? Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So, go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian.

“Doakanlah yang baik-baik. Kitakan sesama umatnya dimuka bumi ni. Ilmu tinggi adab tak ada pun tak kemana juga. Tapi macaam mana yang tiada ilmu dan tiada adab ya? Boleh sesiapa tolong jawabkan? Saya konpius ni,” tanya berseloroh.



Terdahulu, Afifah nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai doktor gigi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Untuk makluman, Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button