Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah pecah amanah

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855

SIBU, 13 Nov — Seorang bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan simpanan Amanah Saham Bumiputera sebanyak RM65,400 milik 39 pemegang akaun warga emas.

Andrew Yang Li Yu, 28, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan tersebut, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Caroline Bee Mananil.

Lelaki itu dituduh melakukan pecah amanah terhadap 39 penyimpan warga emas di Cawangan Maybank Kampung Nyabor di sini, antara Disember 2017 hingga Disember 2019, dengan memberikan setiap warga emas tersebut dua set slip pengeluaran dan mengambil cap jari mereka pada kedua-dua set

Satu daripada set itu digunakan untuk mengeluarkan wang tunai yang diserahkan kepada penyimpan terbabit, manakala wang yang dikeluarkan menggunakan satu lagi set, didakwa diambil oleh tertuduh.



Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Hakim Caroline kemudiannya menetapkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan tertuduh untuk melaporkan diri ke balai polis terdekat dua kali sebulan, menyerahkan pasport antarabangsanya.

Mahkamah turut menetapkan 10 Dis sebagai tarikh pengurusan kes.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker