COVID-19: 1,304 kes baharu, 900 kes pulih

Hebahkan !!!

24b0212f517743714690a8b52ec5bf2d5f9d50702730dTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 13 Nov — Kes baharu COVID-19 hari ini kembali mencatatkan empat angka kepada 1,304 kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan mencatat 11,822 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini sebanyak 900 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 32,069 kes.

Beliau berkata daripada 1,304 kes baharu hari ini, 1,300 merupakan kes penularan dalam negara, sementara bakinya kes import. penularan tempatan, Sabah terus mencatat kes baharu tertinggi dengan 556 kes, diikuti Selangor (361), Kuala Lumpur (201), Negeri Sembilan (83) dan Pulau Pinang (42).

“Lain-lain negeri pula melibatkan Sarawak, Perak dan Melaka masing-masing 13 kes, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan lima kes, Labuan (empat), Johor (tiga) dan Putrajaya catat satu kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: