NAFI BERISTERI DUA – OJA MAHU JAGA PERKAHWINAN KALI KE-3 DENGAN BAIK

Menerusi program CCTV, semalam (Khamis), bintang Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Oja telah ditanya oleh Aril Pilus berhubung spekulasi mempunyai dua orang isteri.

Image_1.jpg

Oja ketika dihubungi berkata, kenyataan dikeluarkan Aril hanya gurauan, tambahan lagi mereka sudah mengenali di antara satu dengan yang lain lebih dari 10 tahun.

“Ketika rakaman CCTV, artis undangan ketika itu selain saya ialah Sissy Iman dan Ayu Damit. Jadi si Aril ni usik Sissy sebab kebetulan dia masih belum berkahwin dan kaitkan dengan saya.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Selepas itu seorang lagi hos CCTV, Aliff, terus usik Oja mungkin dia ingat Aril tu cakap benda betul, padahal Aril tu memang selalu bergurau dan mengusik macam tu.

“Saya tak ambil hati pun… Bila masa pula saya berbini dua, memang taklah! Lagi pun kalau nak diikutkan ini perkahwinan saya yang ketiga, saya dah gagal dua kali sebelum ini. Jadi saya memang akan menjaga perkahwinan kali ini dengan baik supaya tidak tersilap langkah lagi,” katanya.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button