SPRM tahan dua anggota polis disyaki rasuah

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal kerana disyaki meminta rasuah daripada seorang individu yang mempunyai waran tangkap semalam.

Pengarah SPRM Putrajaya Hasbillah Mohamad Salleh berkata anggota polis lelaki masing-masing berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya kira-kira 11 pagi.

“Kedua-dua suspek itu meminta wang berjumlah RM3,000 daripada individu yang mempunyai waran tangkap atas kesalahan lampau.

“Suspek meminta wang tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.



Hasbillah berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker