568 ditahan, 131 daripadanya kerana berkunjung ke pusat hiburan – Ismail Sabri

eea5cb1a3ddce76e23491f75bff1d8f55fb0f5f0d4ef2

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Meskipun negara sedang mengalami gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19, masih ramai yang berdegil apabila terus berhibur di pusat hiburan, dengan seramai 131 individu ditahan atas kesalahan berkenaan, semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka antara 568 individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, dan daripada jumlah itu, 516 dikompaun, 49 direman dan tiga lagi dijamin.

Kesalahan ingkar arahan PKP yang lain termasuk gagal mematuhi penjarakan fizikal (160), tidak memakai pelitup muka (116), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (56), rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (43) dan lain-lain (62).



Mengenai Operasi Benteng, beliau berkata 42 pendatang asing diberkas hasil daripada kawalan ketat sempadan negara secara bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang melakukan 981 pemeriksaan khas Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP semalam, pula mendapati kesemua premis mematuhi SOP ditetapkan.

Beliau berkata KPDNHEP juga membuat 687 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan ke atas peruncit (493), pemborong (162) dan pengilang (32).



“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sejak 24 Julai hingga semalam, 67,555 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 67 hotel serta 20 Institut Latihan Awam (ILA) dan institut pengajian swasta.

“Daripada jumlah itu, 9,488 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 388 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 52,679 individu lagi telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya bahawa mereka pulang dari 36 negara.

CAMPURTANGAN DALAM SILTERRA, SIAPA MAIN WAYANG?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button