ARTIS BARU LELAKI POPULAR – NETIZEN PERTIKAI KEMENANGAN, PERSOAL SIAPA CHUBB-E

Pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33, penyanyi Chubb-E telah menewaskan calon favourite seperti Zynakal dan Yonnyboii apabila memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, sekaligus mencipta kejutan.

Image_1.jpg

Namun, kemenangan Chubb-E atau nama sebenar, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy ternyata menimbulkan persoalan netizen yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Chubb-E kerana ramai tidak mengenali penyanyi itu.

Kata netizen lagi, mereka tidak pernah melihat Chubb-E di kaca televisyen dan tidak dikenali ramai tetapi boleh dinobat sebagai Artis Baharu Lelaki Popular.

Namun ada segelintir netizen mengatakan mereka mengenali penyanyi itu sejak dari program realiti kanak-kanak Ceria PopStar dan MegaStar.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni. Chubb-E pernah tampil dengan single ‘Aku Tak Kisah’ pada 2018 disusuki Kita, tahun lalu dan terbaru, Padan Muka. Chubb-E mula mendapat perhatian apabila menyertai program realiti Dansa Dan Sing, tahun lalu.

Akui terkejut dengan kemenangan tersebut, Chubb-E mengucapkan terima kasih buat peminatnya dan tidak sangka kemenangan berpihak padanya. Ujarnya, kemenangan tersebut adalah hadiah untuk ibu bapanya.

“Saya tak jangka dan tergamam berganding dengan artis berpengalaman. Terima kasih kepada peminat. Ada usaha berkempen dengan peminat. Tetapi, saya tak sangka ia menyebelahi saya. Hadiah untuk mak ayah sebab hari lahir mereka jatuh bulan ini,” katanya.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Kanak-kanak lelaki maut tertikam semasa sibuk buat persediaan Deepavali

 

Kanak-kanak lelaki maut tertikam semasa sibuk buat persediaan Deepavali

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker