Bila Hati Seorang Menteri Yang Menjaga Keselamatan Dalam Negeri Telah Dijajah.

Hebahkan !!!

Saya minta maaf kerana saya kurang faham perlembagaan ,  Saya minta maaf akaun FB saya di”Hack” ayat yang biasa kita baca setelah begitu banyak penghinaan yang dilakukan oleh kiasu terhadap Negara ini.

Tindakan UMANY melakukan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh diumpamakan sebagai menghina sesebuah negara dan menyerlahkan sikap  siapa sebenarnya dibelakang UMANY.

Wajah sebenar Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) sebagai sebuah pertubuhan ultra kiasu yang biadab sudah pastinya didalangi oleh sebuah parti politik  yang bersifat chauvanis dan kiasu.

UMANY sebagai anak-anak kiasu yang tidak menghormati Rukun Negara terutama sekali ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’. sudah pastinya sekali gus tidak  mempedulikan Rukun Negara sebagai teras perlembagaan dalam negara ini.

Pertubuhan ini  dipercayai didalangi oleh DAP itu menyatakan pendiriannya iaitu Agong tidak boleh mencampuri urusan negara tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Penghinaan ini bukan baharu, ianya berlaku semenjak DAP menguasai negara dalam masa 22 bulan yang lalu. Dimasa ini kita dapat melihat bagaimana YDP Agong dihina dalam kepelbagaian cara dan rupa.

Paling meyedihkan ialah apabila Menteri yang menjaga keamanan dalam Negari ini telah dijajah minda mereka dan  tunduk membisu seribu bahawa hanya kerana untuk menyelamatkan posisi politik mereka.

Bagi mereka politik  lebih penting dari menjada kedaulatan Raja Melayu dan juga kedaulautan sebuah Negara.  Sekarang UMANY melakukannya lagi  melalui tangan tangan ghaib yang berada dibelakang mereka.

Hamzah Zainudin, nama yang menjaga dan bertanggungjawab terhadap hal ini, Apakah hatinya sekecil kuman untuk berhadapan dengan anak buah DAP ini. Dia dilihat lebih rela menjual  manusia dan amat berani kepada sebangsanya.

Jika inilah pemimpin yang ada , jangan kita hairan dimasa akan datang nama Melayu tidak wujud lagi dipersada politik dengan kemegahan kuasa yang ada untuk membela bangsa Melayu, apa yang tinggal hanya manusia yang tiada bermaruah dan sanggup menjual apa sahaja demi kesinambungan politik mereka.

Harus diingatkan sesebuah negara disanjung apabila raja berdaulat, justeru negara wajib melindungi raja supaya ia dijunjung tinggi dan dihormati. Apakah Hamzah Zainuddin mampu bertindak  atau terpaksa tunduk dengan tekanan kiasu yang berada dibelakang PN?

Yang di-Pertuan Agong bukannya sekadar simbol negara tetapi merupakan tonggak kedaulatan negara. Menghina Yang di-Pertuan Agong sama seperti kita menghina negara sendiri di mata negara lain, kerana baginda merupakan Ketua Negara bagi negara MalaysiaSebelum ini,

UMANY mendakwa, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya. Mereka mendakwa bahawa di bawah sistem ini, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet. Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang.

Sebagaimana biasa dilakukan oleh DAP, Setelah melakukan penghinaan, sudah pastinya ada permohonana maaf dilakukan. Sebagaimana biasanya pula tiada tindakan perundangan akan dilaksanakan kepada mereka.

Tetapi amat berlainan  sekali jika ianya dilakukan oleh rakyat Marhaen, sudah pastinya hukuman setidaknya 5 tahun dalam penjara terpaksa dilalui. Inilah budaya dan standard system perundangan dilakukan oleh Malaysia.

Tiga hari lepas, Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany) memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung kenyataan kontroversinya yang menyebabkan beberapa orang pemimpinnya disiasat oleh polis.

Dalam kenyataan, Umany berkata, ia juga menarik balik kenyataan tersebut selepas berunding dengan beberapa orang pakar perlembagaan.

 “Kami ingin menegaskan bahawa kami mematuhi sistem Raja berperlembagaan di Malaysia serta menghormati peranan Agong dalam perlembagaan persekutuan.

 “Kami secara khususnya ingin mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun kepada Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap perlembagaan persekutuan,” katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: