Dua lelaki ditahan miliki syabu, ganja

SEREMBAN, 15 Nov — Dua lelaki seolah-olah tidak serik apabila ditahan semula oleh polis kerana memiliki pelbagai jenis dadah dalam pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di Kilometer 20 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata suspek berusia 28 dan 34 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan itu ditahan oleh anggota kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada 3.30 pagi.

Beliau berkata suspek yang menaiki kenderaan jenis Proton Wira berada dalam keadaan mencurigakan telah diarahkan oleh polis untuk berhenti bagi melakukan pemeriksaan badan dan kenderaan.

“Hasil pemeriksaan, polis berjaya merampas tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat disyaki ganja seberat 20.95 gram dan satu paket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal dadah jenis syabu seberat 2.5 gram dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1,350,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, suspek yang mempunyai rekod lampau termasuk jenayah pencurian dan pencerobohan turut didapati positif dadah jenis ganja THC atau 9-Tetra Hydrocannibol.

Kedua-dua suspek direman sehingga Selasa (17 Nov) dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sindiket dadah tumpas, polis tahan usahawan kosmetik, rampas syabu bernilai RM5 juta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker