GILIRAN NOURUL PULA TERIMA MESEJ UGUT SANTAU

“Apa dosa saya pada dia dan kenapa dia bercakap macam ini. Kita doakan dia semoga diberi petunjuk. Awat sampai berusmpah guna nama Allah? Nak santau tapu bersumpah atas nama Allah?!

Image_1.jpg

“Astaghfirullah, saya tahu benda ini wujud, tapi InsyaAllah, Allah maha pelindung dan maha besar. Saya tak aniaya orang. Saya tak buat apa-apa setahu saya,” kata penyanyi Nourul Depp menerusi satu entri di laman Instagram miliknya.

Selepas pelakon Syafie Naswip dan Noorkhiriah, kini giliran Nourul pula berdepan situasi sama apabila menerima mesej berbaur ugutan untuk disantau di Instagram.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 43, individu yang tidak dikenalinya itu mendakwa mahu melakukan sihir terhadapnya. Dalam entri tersebut, Nourul turut berkongsi paparan mesej yang diterimanya daripada individu tersebut.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memintanya untuk tidak mengendahkan mesej tersebut. Hal ini kerana, ramai golongan artis juga turut menerima mesej yang sama.

“Rasanya ada artis lain kena macam ni. Tak tahulah sama atau lain. Gila. – “Dia ini ada masalah, ramai artis dia buat macam ini,” komen sebahagian pengikutnya.

Nourul kemudian menyifatkan individu tersebut mungkin hanya mahukan perhatian: “Baru dapat tahu. Rasa lega sikit sebab ingatkan dia marah kita. Terus cari kat siapa aku buat jahat ni. Nak perhatian ni. Allah sedihnya. Dia perlukan pertolongan. Rasa nak bantu. Kesian,” responsnya kepada pengikut.

Image_3.jpg

 

“KALAU SAYA BERHUTANG OR HUTANG WITH ME, SILA TONJOLKAN MUKA ANDA” – ARA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker