SARAH HINDEBRAND: “KALAU TAK SUKA CARA HIDUP SAYA… ANDA DIALU-ALUKAN UNFOLLOW”

Semua sedia maklum mengenai pelakon Sarah Hildebrand yang kini sudah tidak lagi berhijab sejak Oktober lalu. Dek kerana keputusannya itu, Sarah telah menerima pelbagai kecaman netizen.

Image_1.jpg

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, Sarah telah mengalu-alukan mana-mana individu yang tidak suka dengan cara hidupnya untuk berhenti mengikutinya di Instagram.

Menurut Sarah, dia tidak mahu memaksa sesiapa untuk menyukainya dan meminta individu yang tidak menghormati kehidupan dan pendapatnya boleh menekan butang unfollow.

“Jika anda tak suka dengan saya, cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita boleh tak sependapat dan hormat-menghormati. Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda dialu-alukan untuk menekan butang unfollow,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam masa sama, Sarah turut meminta agar pengikutnya terus menyebarkan aura posititif dan bukan kebencian serta tidak membuli atau melakukan gangguan tidak sepatutnya.

“Walau apa pun, saya menggesa anda untuk menyebarkan positif, cinta dan kecerdasan emosi bukan kebencian, membuli, dan gangguan yang tidak sepatutnya. Belajar untuk mengadakan perbincangan terbuka mengenai topik penting yang sukar dibincangkan,” tuturnya

Pada Oktober lalu, Sarah membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab dan pelakon itu mengatakan mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membuat keputusan tersebut.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

 

Sarah ditipu, dipukau serah duit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker