TABIK DENGAN QIEMILIO – HAQIEM RUSLI NAFI GUNA DUIT MINTA ORANG UNDI

“Demi Allah saya tidak menggunakan sesen pun wang saya untuk meminta orang mengundi. Semua undian yang diterima adalah daripada peminat yang sudah dianggap seperti keluarga saya

 

“Qiemilio memang nak tengok saya menang untuk kategori utama ini. Kemenangan ini adalah berdasarkan undian dan saya harus memberikan kredit kepada Qiemilio yang berusaha keras untuk memastikan kemenangan ini.

“Tahun ini kemenangan adalah milik saya dan diharapkan tiada pihak yang mempertikaikannya. Harap tiada yang bergaduh sebaliknya saling memberikan sokongan,” kata Penyanyi, komposer dan penulis lirik Haqiem Rusli.

Klik untuk gambar besar

Memenangi Bintang Paling Popular di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH 33) yang berlangsung malam semalam, Haqiem menafikan dia membeli undi untuk memenangi anugerah terbabit.

Haqiem berkata, kemenangan yang diperoleh adalah hasil titik peluh dan usaha keras kelab peminatnya, Qiemilio yang ingin melihat dia berjaya. Menurut Haqiem, dia terbuka dengan sebarang kecaman atas kemenangan yang diperoleh kerana masing-masing mempunyai pendapat.

“Saya pernah lalui kecaman yang lagi teruk. Jadi kecaman mengenai isu ini adalah satu perkara yang biasa. Lagipun mereka ada pendapat masing-masing.

“Apapun kecaman yang diterima saya reda. Apa yang penting saya tahu apa yang saya buat. Saya dengar dan belajar daripada segala kesilapan serta sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik,” ujarnya.

Haqiem yang kini berusia 22 tahun itu memperoleh undi sebanyak 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH 33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu.

Dalam pada itu, Haqiem yang turut memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia menyaksikan penyanyi itu memecah dominasi Khai Bahar yang memenangi kategori itu selama tiga tahun berturut-turut.

 

Sanusi tabik pemain Kedah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker