34 penumpang bas maut diserang lelaki bersenjata di Ethiopia [VIDEO]

Hebahkan !!!

NAIROBI (Kenya), 16 Nov — Lelaki bersenjata membunuh puluhan orang dalam serangan ke atas sebuah bas penumpang di barat Ethiopia, lapor Agensi Anadolu menurut pegawai dari badan hak asasi manusia nasional pada Ahad.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ethiopia (EHRC) dalam satu kenyataan berkata berlaku “serangan mengerikan” terhadap sebuah bas penumpang dari Wonbera ke Chagni di wilayah Benishangul-Gumuz dan  34 kematian telah disahkan, dan menjangkakan jumlah kematian kemungkinan meningkat.

Serangan itu berlaku Sabtu malam di kawasan terpencil antara Wonbera dan Chagni.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab sejauh ini, dengan pegawai keselamatan memberitahu media tempatan bahawa tidak ada bukti langsung yang mengaitkan serangan itu dengan konflik di wilayah Tigray utara Ethiopia.

Serangan itu berlaku ketika penduduk terus melarikan diri dari wilayah itu. Kira-kira 25,000 rakyat Ethiopia telah menyeberang ke Sudan untuk melarikan diri dari pertempuran, menurut pegawai Sudan.

Pada 4 November, Ethiopia melancarkan apa yang digambarkannya sebagai operasi penguatkuasaan undang-undang di Tigray setelah Pasukan Hadapan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) menyerang kem utara tentera Ethiopia yang ditempatkan di sana.

— BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: