AHLI PARLIMEN GERIK MENINGGAL DUNIA
Serangan Jantung Dipercayai Punca
Ahli Parlimen Gerik, YB Dato Hj Hasbullah Bin Osman disahkan meninggal dunia di Hospital Raub pada jam 7 petang tadi dipercayai akibat serangan jantung.
Beliau dikatakan mengadu sesak nafas dan dikejarkan ke Hospital Raub bagi menerima rawatan.
Bagaimanapun Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika sedang terima rawatan. Beliau berusia 63 tahun.
Karier
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Hasbullah_Osman
Allahyarham sebelum ini adalah ADUN BN Temenggor pada 2004 – 2013. Menjadi Ahli Parlimen Gerik pada 2013 – sekarang. Allahyarham merupakan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara (SPNB).