DAP SUDAH BERAKAR DALAM UiTM

Alumni UiTM Jadi Agen Sebar Fahaman Malaysian Malaysia DAP

Alumni UiTM DAP

 

Democratic Action Party (DAP) telah berjaya mendekati anak muda sebuah Universiti yang dikatakan sangat kebal dari pengaruh politik kiasu. Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai alumni yang kini merupakan tenaga baru dalam DAPSY. Menurut satu page yang menggunakan nama DAP Kampung Tunku SS1, satu strim secara langsung membincangkan tajuk “Adakah benar UiTM akan terancam jika DAP berkuasa? Dan adakah DAP sebuah parti yang sesuai untuk golongan Melayu”.

Panelis yang akan membicarakan tajuk tersebut terdiri daripada Alumni UiTM sendiri. 

  1. Farhan Haziq,Setiausaha DAPSY Damansara. Alumni UiTM Shah Alam
  2. Nur Rahim Nasir, AJK DAP Kampung Tunku-SS1,Setiausaha Mahasiswa Roket, Alumni UiTM Raub
  3. Aslam Ramli, AJK DAP Kampung Tunku-SS1,Alumni UiTM Melaka
  4. Moderator – Ahmad Afiq, SU Publsiti DAP Kampung Tunku-SS1, Alumni UiTM Negeri Sembilan

Melihat perkembangan ini, jelas nampaknya agenda Deklarasi Setapak DAP semakin diterima baik oleh anak muda Bandar dan mereka yang bergelar mahasiswa. Persoalannya bagaimana sebuah universiti yang selama ini begitu tebal semangat Melayu selaras dengan penubuhan awal universiti tersebut semakin terhakis. Adakah ini menunjukkan kejayaan desakan DAP yang selama ini mahukan ‘Malaysian Malaysia’ dilaksanakan sudah berjaya? 

Kelas bahasa Inggeris terganggu, pelajar UiTM tumbuk bawang jadi bahan ketawa

Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip ini lah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang. – Kandungan Deklarasi Setapak DAP

Kemanakah hilang semangat mereka yang pernah menimba ilmu di UiTM? Jika semudah ini Alumni UiTM boleh dipengaruhi tidak mustahil UiTM akan menjadi ‘Lubuk’ untuk DAP merekrut lebih banyak anak Bumiputera sebagai pelapis DAP di masa depan.

Apa komen serta pandangan alumni UiTM yang lain mengenai perkara ini? Adakah mereka setuju dengan tajuk yang akan dijadikan bahan diskusi serta barisan panelis yang dikemukakan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker