DISURUH UJI BAKAT TAPI DITOLAK, ZAINOL LUAH KECEWA: “SAYA TAK SALAHKAN YUSRI”



Pelakon Zainol Macwilson baru-baru ini telah meluahkan kekecewaannya apabila namanya ditolak daripada sebuah projek drama bersiri. Zainol atau nama sebenarnya Zainol Johari Macwilson, 62, berkata, pada mulanya dia gembira apabila ditawarkan berlakon di bawah arahan Yusry Abdul Halim untuk drama bersiri 10 episod yang akan disiarkan menerusi sebuah saluran penstriman tempatan.

Image_1.jpg

“Saya diminta buat rakaman lakonan berdasarkan skrip ringkas yang dihantar dan ia dibuat di rumah dengan bantuan isteri. Dengan menggunakan telefon bimbit, saya cuba sehabis baik sebab memang berkeinginan bekerja dengan Yusry Abdul Halim.

“Saya berasa hampa sebab pihak terbabit menolak saya, tapi bukannya pengarah. Ikut perancangan awal, saya hanya terbabit untuk lapan episod. Bagi saya itu sudah memadai kerana memang nak sangat bekerja di bawah arahan Yusry.

“Penggambaran dijadual bermula pada 7 November hingga 28 Disember. Selepas itu saya dihubungi oleh wakil produksi yang minta saya buat uji bakat pula. Katanya, klien yang nak untuk saluran itu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Terkejut dibuatnya kerana saya bukan baru dalam lakonan. Kenapa perlu jalani uji bakat? Tapi saya ikut juga kehendak mereka dan akhirnya nama ditolak,” katanya yang kini berada di Perlis.

Zainol yang juga bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson itu berkata, bukan mahu berlagak, namun menyifatkan ia sesuatu yang pelik.

“Bukan saya tak pernah menjalani uji bakat dulu. Tapi ini untuk produksi antarabangsa (Hollywood) pada tahun 1980-an. Jujur saya memang teringin nak kerja dengan Yusry kerana yakin dengan hasil karyanya.



Image_3.jpg

“Rasanya dia yang cadangkan nama saya pada klien tapi mereka pula terlalu memilih. Kiranya seperti saya seolah-olah dipersendakan oleh pihak terbabit. Namun saya tak salahkan Yusry,” ujarnya.

Zainol yang sepatutnya melakonkan watak bapa kepada seorang pelakon wanita popular itu menganggap dirinya seperti diperlekehkan dan tidak layak untuk membintangi drama terbabit.

“Apabila nama saya sudah dicadangkan oleh seorang pengarah berkaliber, secara tak langsung rasanya peranan itu kepunyaan saya. Tambah lagi dalam situasi Covid-19 semua artis mengharapkan tawaran yang bukannya sentiasa ada.

“Kebetulan saya pula masih di Malaysia. Perniagaan pelancongan di Perth, Australia pun sudah terhenti disebabkan Covid-19. Jadi saya memang mengharapkan sangat apa-apa tawaran berlakon,” tuturnya.



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker