LARA NANGIS TERESAK-ESAK KEHILANGAN IKAN PELIHARAAN – NETIZEN TURUT SEBAK

Anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana telah berdepan episod duka apabila ikan laga yang dibelanya sejak lapan bulan lalu mati baru-baru ini.

Image_1.jpg

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, sudah pasti menganggap binatang tersebut sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Begitu juga dengan Lara yang dilihat tidak dapat mengawal emosinya selepas terpaksa menerima hakikat bahawa ikan yang diberi nama Sushi itu sudah pergi meninggalkan dirinya.

Perkara itu dikongsikan Lara menerusi satu entri video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam video tersebut Lara dilihat ditemani ibu bapanya menguruskan bangkai ikan yang ditanam di kawasan kediamannya.

“”Daddy, I’m not ready for this” (Daddy, saya tak bersedia nak hadapinya). Berkali kali Lara ulang perkataan ni, tapi Allah lebih sayangkan Sushi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sekarang baru Lara tahu, yang kita tak pernah akan bersedia untuk situasi seperti ini. Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang,” luahnya.

Katanya, ikan tersebut cukup bermakna kerana memberi keceriaan dalam hidupnya terutamanya sepanjang berada di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Masa Auntie Joy beritahu yang Sushi dah tak ada, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed (beri makan), dia akan hidup balik, tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya.

Image_3.jpg

“Terima kasih Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama 8 bulan terutamanya sewaktu PKP hari itu, sekejap sahaja kita dapat bersama,” katanya.

Kesedihan Lara itu telah mencuri tumpuan netizen yang turut melihatnya. Rata-rata netizen mengakui turut sama sebak dan ada yang sama mengalirkan air mata melihat kesedihan Lara yang cukup terkesan dengan kematian ikannya itu.

“Dengan kita-kita nangis pula tengok Lara nangis. Aduh, hati tisunya.”Sebak rasa tengok Lara menangis. – “Ini menunjukkan Lara bini insan yang penuh dengan kasih sayangnya. – “Perasaan bila haiwan kesayangan pergi memang sedih sangat-sangat,” komen sebahagian netizen.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Wan Maimunah sebak terima bantuan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker