Menteri Luar Syria Walid Muallem meninggal dunia – laporan
MOSCOW, 16 Nov — Menteri Luar Syria Walid Muallem meninggal dunia, lapor agensi berita Sputnik memetik Agensi Berita Arab Syria (SANA).
“Kementerian Luar mengumumkan kematian Menteri Luar Walid Muallem,” kata kementerian itu pada Isnin.
Muallem akan mencecah usia 80 tahun pada 13 Jan 2021.