PPBM Adalah Acuan Dari DAP – Kepentingan Rakyat adalah Nombor Terakhir Di Mata PPBM

Hebahkan !!!

Rakyat Perlu Menilai Perbezaan

Satu ketika dahulu,  orang-orang Melayu seakan dibuai persona oleh gerakan DAP, PKR, PPBM dan seangkatannya  bila mereka begitu terbuka memberi peluang kepada pemimpin DAP khususnya untuk disanjung bila bersongkok,berkopiah malah memberikan ruang kepada pemimpin-pemimpin DAP untuk turut serta memasuki masjid hingga ke ruang mimbar bagi memberikan tazkirah.

Kebodohan orang-orang Melayu dimana minda mereka dijajah, diperalatkan oleh DAP dan pemimpin PPBM ini, DAP dan PPBM mengambil peluang yang diberikan oleh sebilangan Melayu yang mana melihat sumbangan dalam bentuk kewangan yang diberikan oleh DAP PPBM adalah satu anugerah yang tiada tandingnya.

Mereka terus melupakan apa yang selama ini mereka kecapi melalui pelbagai bantuan kerajaan sejak lahirnya kerajaan mengambil berat prihal rakyatnya. Bukan itu sahaja sebilangan Melayu ini juga sanggup memburukkan kerajaan ketika itu hanya kerana sumbangan RM50.00.

Kita tidak menduga semudah itu orang-orang Melayu mudah lupa sejarah DAP, kita juga tidak menduga semudah itu  Melayu ini bersekongkol dengan sebuah parti yang berfahaman komunis, dimana satu ketika dahulu , kita orang Melayu sanggup bergadai nyawa untuk melepaskan cengkaman komunis.

Hari ini Melayu yang lupa sejarah ini terus mengangkat fahaman sosialis  dan menolak kepimpinan yang mana selama ini membantu  mereka. Nilai RM50 itu sudah cukup untuk mereka lupa bahawa Malaysia ini pernah dizalimi oleh puak chauvanis ini.

Amat murah harga yang diterima oleh  sebilangan Melayu ini dan seterusnya meyerahkan tanah tumpah ini kepada fahaman komunis . Mereka juga  lupa konsep Malaysia Malaysian yang DAP perjuangkan dari dulu, kini dan selamanya dan kita tidak menduga sama sekali betapa begitu mudahnya orang-orang Melayu ditipu dan diperdaya oleh DAP.

Paling meyedihkan , DAP menggunakan  sejarah Khalifah-Khalifah Islam yang didodoikan oleh DAP kononnya itu teras pentadbiran mereka. Maka Melayu ini tersungkut taksub sehingga melebelkan bahawa ini lah pemerintahan yang mereka cari selama ini.

Selang berapa lama pemerintahan PPBM, kini ada Melayu yang selama ini  sanggup berpanas dijalan raya hanya kerana  memperjuangkan dasar PPBM dan DAP. Kini mereka menangis apabila taring yang selama ini disimpan telah digunakan oleh PPBM mula mencakar dan merobek  kewarasan .

Tanah , rumah dan punca pencarian dihapuskan demi memperluaskan kuasa DAP di  Tanah  Pulau. Kini tiada apa yang perlu ditangisi  lagi. Sebilangan Melayu sanggup menjadi talibarut fahaman komunis dan ianya seperti menyembelih bangsa sendiri untuk diratah oleh DAP.

“UBAH” bukan semudah yang diucapkan, seperti tergadainya tanah Pulau Pinang kepada fahaman komunisme.  Hanya kerana  kebodohan sebilangan Melayu yang mana selama ini menafikan nikmat dan rahmat kehidupan yang  dikecapi.

Nama-nama Melayu yang ada dalam PPBM dan DAP adalah Melayu yang terlalu kecil jiwanya, mudah disogok dengan wang ringgit dan jawatan sedangkan tugas mereka hanyalah memecahbelahkan Melayu untuk memudahkan mereka bertapak dan bila terlaksana cita-cita berniat jahat ini, anak-anak Melayu yang bangga bertuankan acuan DAP ini hanya akan kekal sebagai kain basahan semata-mata.

Tanah Melayu Semakin Kecil

Tanah tanah yang dicuri dengan cara terancang sedang berlaku di Pulau Pinang satu ketika dahulu dianggap satu isu remeh.  Pemastautin kini sudah mendapat kerakyatan tetap, semua ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan agar Pulau tetap berada didalam gengaman sehingga  majoriti Melayu hilang dan mengecil.

Dimasa ini , kita  bertanya , dimanakah  ayat” Jika tidak adil pemerintahan nanti , kita ubah lagi” – Ini politik orang bodoh yang mengatakan demikian. Strategi politik berjalan setiap hari. Yang hilang , untuk kembali akan memakan masa ratusan tahun.

Melayu menyanjungi PPBM yang kononnya mereka lihat semakin dekat dengan Islam namun tanpa mereka sedar PPBM sedang membutakan segala mata hati orang-orang Melayu dengan membakar Istiqomah demi kerusi empuk. PPBM kononnya untuk  dilihat lebih baik dari UMNO ataupun PAS sedangkan pada hakikatnya pada setiap masa dan ketika ini secara perlahan-lahan sedang merobohkan benteng iman orang-orang Melayu.

Sedarlah bahawa tiada dalam sejarah politik Malaysia yang mana menunjukkan bahawa  PPBM  adalah sebuah parti yang  terlalu toleransi dalam  menjalankan kehidupan berbilang kaum. Penipuan, Skandal dan  melanggar undang2 itu adalah  diantara tingkah laku mereka.

Mereka ini tidak mempedulikan sesiapa sahaja mahu pun perundangan. Apa sahaja yang menghalang  sudah pastinya akan ditentang dengan apa cara sekali pun. Setiap kesalahan yang mereka lakukan , sedaya upaya mereka akan  menuding jari kepada satu isu yang lain agar  kesalahan mereka dilupakan..

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh PPBM serta sekutu atau tangan ghaibnya terhadap pembelaan terhadap bangsa Melayu yang sedang diasak dengan tekanan kehidupan. Bagi kerajaan PPBM sekarang, nyawa politik lewbih penting dari kesusahan rakyat.

Bukankah tindakan ini adalah acuan yang mereka tiru dalam politik semasa 22 tahun bersama. Akhirnya PPBM  telah melaksanakannya dengan penuh rasa angkuh. Biar rakyat kais pagi makan pagi asalkan krooni dan penjarahan berjuta wang rakyat dapat dilaksanakan.

Gesaan Wang KWSP

Mungkin RM10 ribu  dari KWSP itu amat besar  dimata pemimpin PPBM serta CEO KWSP dari gaji serta elaun yang hampir mencecah RM0.5 juta sebulan. Mungkin RM10 ribu itu amat besar berbanding dengan RM81 juta yang secara mudah diluluskan kepada JASA.

Dan Ingatlah wahai rakyat Malaysia tidak kira apa juga ras bangsa dan agama, Kita hanya ada Malaysia, PPBM bukan pilihan untuk menjamin satu pemerintahan yang adil dan saksama. DAP dan PPBM adalah golongan perkauman, penindas, zalim serta sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai cita cita mereka.

Bagaimana acuannya begitu juga kuihnya. Oleh demikian rakyat perlu bijak menilai pentadbiran yang diterajui PPBM sekarang.

Artikel sumbangan – Osman Mahmud, Johor Baharu

Leave a Reply

%d bloggers like this: