“SELALU PEGANG ‘SELFIE STICK’, TIBA-TIBA PEGANG MIKROFON” – NABIL DIKECAM, SINDIR AZWAN ALI?

“Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” demikianlah kata Nabil Ahmad sewaktu mengacara program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada minggu ke-6.

Image_1.jpg

Bagaimanapun, kata-kata Nabil itu telah menjadi bualan ramai di laman Twitter apabila rata-rata netizen mengecamnya. Meskipun tidak menujukan kenyataan itu ditujukan kepada mana-mana individu, namun netizen pantas membuat spekulasi Nabil seperti memerli dan meniru gaya Azwan Ali yang kini kembali dalam dunia pengacaraan.

Tindakan Nabil mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA ketika di konsert GV7 semalam disifatkan biadap dan kurang ajar oleh netizen.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Perkara itu sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen. Netizen turut mengkritik pengacara itu dengan mengatakan bahawa dia yang baru pegang mikrofon jika dibanding dengan Azwan Ali yang sudah lama dalam industri.

Kata netizen lagi, meskipun Azwan Ali sudah lama tidak menjadi pengacara ataupun memegang mikrofon namun pengacaraannya jauh lebih baik daripada Nabil. Netizen turut meminta Nabil supaya tidak bongkak meskipun sudah lama bergelar pengacara.



Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap Nabil akan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kata-kata sindiran berkenaan.

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg



Image_5.jpg

Image_6.jpg

Isu bantuan artis insafkan Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button