ALYAH SAMBUT BIRTHDAY TOK RAM: “BEREBUT PULAK NAK TIUP LILIN…”

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, penyanyi Datin Alyah telah berkongsi momen dimana dia memberikan kejutan bersempena ulang tahun kelahiran ke-62 suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram, yang disambut hari ini.

Image_1.jpg

Diraikan dalam sesi sederhana, penyanyi lagu ‘Cintaiku’ itu dilihat membawa sebiji kek sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi oleh rakan terdekat. Momen tersebut dikongsikan Alyah di dalam rakaman sepotong video pendek beserta kapsyen lucu di Instagram.

“Bagi laaaa lilin tu lama skit…si aqil plak merajuk dlm diam dah haaa.Berembut pulak nak tiup lilin dgn aqil haaa…Mcm mcm hal uncle dgn aqil ni haaa….Selamat ulang tahun @tokram_ramlims,” tulis Alyah.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama buat juri tetap program Gegar Vaganza itu.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Tidak kurang yang turut mendoakan agar bahtera perkahwinan mereka terus kekal hingga ke jannah. Pada masa sama, Tok Ram turut berkongsi video kandid sama di posting terkininya di Instagram miliknya.

“Alhamdullilah…tqtqtq..masuk syurga semua..๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚..mekaseh byk2 pada yg mengewish..tak terbalas..moga amin la semua masuk syurga..๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š,” kata Tok Ram pula. 15h

Untuk pengetahuan, Aqil ialah anak saudara kepada pasangan berkenaan dan sering isi masa bersama mereka sejak kecil lagi. Untuk rekod, Datuk Ramli dan Datin Alyah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg

Image_16.jpg

Image_17.jpg

Image_18.jpg

Image_19.jpg

Image_20.jpg

Image_21.jpg

Image_22.jpg

Image_23.jpg

UMNO Tidak Pernah Sertai PNโ€ฆ PN Bukan Satu Entiti Politik โ€“ Tok Mat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker