FAM nafi laporan M’sia rancang tarik diri kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

27e54c87a8880eac55e7fa2df566e0675e9ffb38c3aeaStuart Michael Ramalingam

KUALA LUMPUR, 17 Nov — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan satu portal bola sepak Kemboja yang mendakwa, skuad Harimau Malaya merancang menarik diri daripada meneruskan baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Piala Suzuki AFF.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam melalui kenyataan ringkas berkata, laporan media luar negara di laman sesawang https://cambodiafootballnews.com itu adalah tidak benar.

“Kami di FAM tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik diri daripada mana-mana pertandingan yang dinyatakan itu,” jelasnya ringkas dalam satu pesanan WhatsApp, hari ini.

Laporan media itu menyatakan Malaysia merancang untuk menarik diri ekoran pandemik COVID-19 yang mempengaruhi persiapan pasukan kebangsaan, untuk menghadapi kedua-dua kejohanan berkenaan.

Terdahulu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan untuk menangguhkan aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, susulan situasi semasa pandemik COVID-19.

Penundaan itu membabitkan aksi Harimau Malaya dalam Kumpulan G yang sebelum ini dijadualkan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Okt, menentang Vietnam (13 Okt) dan Thailand (17 Nov).

Sementara itu, Piala Suzuki AFF 2020 yang turut terjejas akibat pandemik COVID-19, kini dijadualkan semula dari 11 April hingga 8 Mei tahun hadapan.

Kejohanan itu akan dianjurkan dalam format sepenuhnya, bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan di seluruh negara Asia Tenggara yang layak.

Slot ke Piala AFC 2021 hadiah terbesar buat Skuad Penyu – Nafuzi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker