HIKAYAT KWSP KENA ‘SUMPAHAN’ PUTERI GUNUNG LEDANG

I-Sinar Jadi Sumpah Seranah Netizen

KWSP

KWSP Kena Kutuk

Cadangan Dato Sri Najib agar kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang caruman sebanyak RM10 ribu disambut baik rakyat. Bagaimanapun cadangan tersebut turut menerima reaksi negatif dari sesetengah pihak.

Sejak Mac 2020, Malaysia berdepan dengan pandemik covid19 dan sebagai langkah memutuskan rantaian jangkitan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara. PKP secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan ekonomi negara sekaligus menyebabkan kelembapan ekonomi. Ramai yang terpaksa dibuang kerja dan ada yang terpaksa dicutikan kerja kerana majikan tidak mampu menanggung kos berikutan ekonomi merudum.

KWSP Sukarkan Pencarum

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya bersetuju membenarkan pencarum mengeluarkan wang dari akaun 1 pencarum. Bagaimanapun syarat yang dikemukakan KWSP agak menyukarkan pencarum.

Najib Razak

Ulasan Dato Sri Najib

Terima kasih kepada KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1.

Namun, syarat kelayakan untuk skim ini hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.

I-Sinar

Sebab itu KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.

Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000)

KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed).

Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic sahaja.

Dengan ini, saya minta KWSP memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid dengan membuka skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20% atau lebih akibat Covid.

Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi.

Golongan underemployed ini perlu diambil kira juga. Jangan dicicirkan.

Jangan Bebankan Syarat

KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid.

Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5% lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid.

Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar.

(Bagi mereka yang tiada KWSP, kita masih memohon kerajaan untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal sehingga 30 Jun 2021. Lanjutan moratorium ini adalah antara dua syarat BN untuk sokong bajet 2021)”

Jika KWSP terus membebankan pencarum dengan syarat begini, tidak hairanlah hujah Ahli Parlimen Pasir Mas yang menyifatkan cadangan Najib sebagai syarat Meminang Puteri Gunung Ledang benar-benar berlaku tetapi sudah terbalik keadaan menjadikan syarat KWSP pula sebagai Puteri Gunung Ledang.

Kini netizen dan rakyat pula menyumpah seranah KWSP yang pada pandangan mereka menyusahkan pengeluaran wang simpanan sendiri.

Ramai sokong idea Najib keluar akaun satu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker