RAI ULANG TAHUN KE-28 – INI UCAPAN SWEET UYAINA UNTUK RAJA SHAHIRAN

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi momen menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 semalam bersama orang tersayang termasuklah penyanyi Raja Syahiran.

Image_1.jpg

Uyaina turut berkongsi beberapa keping foto sambutan hari jadinya yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota. Meraikannya bersama teman-teman kesayangan, Uyaina turut memberikan satu hantaran istimewa ditujukan pada Syahiran untuk tujuan penghargaan.

“Sebelum hari ini berakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jiwa indah ini. Kerana menjadi seorang yang sangat sweet dan manusia paling caring yang saya pernah kenal.

“Saya berterima kasih kerana berkongsi hati emas awak dan saya doakan kebahagiaan dan kejayaan buat awak. Awak memang seorang yang sangat baik.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Semoga sentiasa berada di dalam pelukan Allah. Dan semoga dapat menjadi anak yang terbaik dalam keluarga. Thank you, Kiev,” tulis Uyaina.

Tidak hanya ucapan manis, Uyaina turut ‘tagged’ nama Instagram Syahiran tepat di hatinya. Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar pasangan ini bertemu jodoh. Malah, ramai juga yang meminta Uyaina dan Syahiran agar segera berkahwin.

“Eh ada bau nasi minyak laaa,” usik seorang wargamaya. – Semoga kalian bertemu jodoh dan berbahagia berdua,” komen seorang wargamaya. – “Wow bersemutlah. Semoga berjodohan dunia akhirat,” tulis seorang wargamaya.



Image_3.jpg

“Ada jodoh ni, muka sama cantik saam comel,” ujar seorang wargamaya. – “Hancur hati saya my Usu Sakinah dah ada boyfriend,” rajuk seorang wargamaya. – “Cepat kahwin!” pesan seorang wargamaya lagi.

Sekitar September lalu, pasangam ini mengakui sedang mengenali hati budi. Terdahulu, dakwaan mengatakan Uyaina dan Syahiran menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram.

Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan pelakon Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

ALIF SATAR TERKENANG MEMORI DI KEM PLKN PRINCESS HALIZA: “MANA WIRA WIRAWATI NEGARA SEKARANG…”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker