DAIYAN TRISHA BERI CALL & MESEJ ISTIMEWA – BEN AMIR AKUI RAPAT, NAFI BERCINTA

Sebelum ini timbul gosip kononnya pelakon Ben Amir dan Daiyan Trisha mempunyai hubungan istimewa selepas mereka dilihat berdua-duaan menikmati santapan pagi bersama di sebuah kafe sekitar Damansara.

Image_1.jpg

Lebih menarik, Ben dan Daiyan juga tidak ketinggalan memuat naik gambar makanan yang dijamah mereka dengan kapsyen seakan bertentangan. Menguatkan lagi tentang kisah hubungan mesra mereka, kedua-dua juga difahamkan telah mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Bagaimanapun gosip berkenaan telah dinafikan oleh pelakon drama ‘Sweet Dreams’ itu. Jelas Ben, dia menganggap Daiyan sebagai rakan industri.

“Kami kawan rapat, kita dalam industri yang sama dan saya pun banyak belajar daripada dia. Buat masa sekarang saya pun masih kenal-kenal je dengan dia. Belum serius bercinta… kita masih nak kenal antara satu sama lain,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, Ben Amir melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas ucapan tahniah daripada orang ramai selepas memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Malah Ben atau nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin, 30, berkata dia turut menerima ucapan istimewa daripada Daiyan melalui panggilan telefon.

“Ini satu penghargaan untuk saya yang sudah lama berlakon. Tapi bagi saya ia adalah satu permulaan kerana banyak lagi watak yang saya inginkan. Daiyan Trisya pun ada ucap tahniah, sweet… dia ada call dan text,” ujarnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

BILA BEN AMIR AKUI DIRINYA ALAMI ATELOPHOBIA (TAKUT GAGAL & KETIDAKSEMPURNAAN)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker