LUAH TERKILAN – SHAHIDA DAKWA KAK MEL PANGGILNYA BODOH, USTAZAH JADIAN, BETINA

Hebahkan !!!

Menerusi beberapa muat naik di laman Instagram, isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah tampil bersuara mengenai bekas pembantu peribadi mereka yang dikenali sebagai Kak Mel, setelah sekian lama mememdam rasa.

Image_1.jpg

Dalam empat hantaran di Instagram, Shahida meluahkan rasa terkilan terhadap Kak Mel yang sanggup memburuk-burukkan mereka sekeluarga.

Selain itu, Shahida turut mendakwa Kak Mel turut memanggilnya dengan pelbagai gelaran tidak enak seperti ‘Si Bodoh’, ‘Ustazah Jadian’, ‘Betina’ dan lain-lain panggilan buruk.

“Alhamdulillah saya masih boleh memanggil dengan panggilan Kak Mel kerana saya mengenang jasa dia pernah berkhidmat untuk keluarga saya. Tidak dengan panggilan ‘Si Bodoh, ustazah jadian, betina atau perkataan buruk yang lain-lain seperti dia memanggil saya sekeluarga,” luahnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Shahida menjelaskan tujuan memuat naik hantaran tersebut bukan untuk mengaibkan Kak Mel tetapi hanya ingin menjelaskan keadaan sebenar supaya tidak terus dipandang sinis masyarakat.

“Saya menulis ni bukan untuk mengaibkan Kak Mel. Kak Mel berjasa jaga anak-anak kami dan keluarga saya. Jangan la harapnya memburuk-buruk atau bergaduh di mana-mana ruangan komen. Saya hanya ingin menjelaskan keadaan supaya orang terus tidak berburuk sangka pada kami.

“Bila diam orang kata salah, bila bersuara orang kata nak berlawan, Demi Allah tiada niat sebegitu melainkan hanya ingin anda semua jelas.

Image_3.jpg

“Saya terkejut Kak Mel ‘pusing cerita’ ni semata-mata untuk viral, meraih viewers dan followers. Kalau ya pun kak nak viral, jangan la mewujudkan cerita yang tidak benar.

“Saya berani menulis sebab saya ada segala bukti sebelum akak berhenti, tak ada benda buruk yang kami lakukan pada akak….Janganlah Kak Mel menimbulkan perkara-perkara yang tak wujud Kak Mel,” luahnya panjang lebar.

Pada Julai lalu, bekas pembantu Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani atau Kak Mel tampil bersuara berhubung perkhidmatannya yang diberhentikan syarikat.

Pemberhentian Kak Mel kemudiannya menjadi tular dan pelbagai spekulasi timbul selepas wanita yang berkhidmat selama lebih enam tahun bersama keluarga usahawan tersebut membuat beberapa hantaran di media sosial mengenai bekas majikannya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: