AWAL ASHAARI AKUI BELUM TERIMA SURAT SAMAN RM3 JUTA

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang dokumen mahkamah untuk mengesahkan berita ini. Tetapi saya telah mengarahkan peguam saya, Azlan bin Abdul Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates untuk menerima sebarang dokumen tersebut bagi pihak saya,” demikian kata pelakon dan pengacara Awal Ashaari menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Image_1.jpg

Kemelut antara Awal dengan syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry makin berlanjutan apabila sudah dibawa ke mahkamah. Awal berdepan dengan saman apabila syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta yang difailkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat lalu melalui firma guaman yang dilantik.

Bagaimanapun, Awal menyatakan dia tidak menerima sebarang dokumen mahkamah sehingga semalam (17 November). Awal sudah melantik peguam Azlan Razak & Associates mewakili dirinya untuk menerima sebarang dokumen berkaitan.

Menerusi posting yang berbeza, Awal berkongsi sebuah rakaman perbualan seorang pelanggan bersama syarikat itu. Suami kepada pelakon Scha Alyahya ini turut berkongsi ‘screenshot’ WhatsApp bersama pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Kongsi sikit perbualan saya dengan @azrianna isteri kepada boss @nazcarpentry. Sama tak display picture dia? Jadi semua beritahu saya. Saya fitnah dia ke? Atau memang tu modus operandi syarikat ni?

“Konon kata saya fitnah dan malukan dia. Ni bukan fitnah ya. Ini untuk memberi pengajaran kepada awak. Jangan ambil kesempatan di atas kesempitan orang,” tulisnya lagi.

Menerusi Instagram Story, pengacara Melodi itu turut memuat naik perbualan mesej di aplikasi WhatsApp beberapa pengalaman pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat berkenaan yang didakwa mengalami nasib sama dengannya.

Image_3.jpg

Awal berkata, tujuan dia berkongsi perbualan mereka itu bukan untuk mengadakan fitnah, tapi mahu memberi pengajaran supaya jangan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.

“Saya melihat perkongsian ini di Instagram. Saya harap ia tidak dianggap fitnah kerana nombor telefon digunakan sama dengan nombor wanita dari syarikat itu yang saya berhubung selama ini.

“Pada pendapat saya, pelanggan tidak seharusnya dilayan sebegini. Kasihan saya lihat dia merayu, merayu dan merayu untuk mesej dibalas semata-mata nak dapatkan tarikh untuk pemasangan kabinet yang sudah setahun ditunggu.

Image_4.jpg

“Wang pendahuluan sudah dibayar, tapi ‘service’ (perkhidmatan) macam ini. Saya bukan memfitnah ya, cuma berkongsi pengalaman dengan mereka yang sudah terkena dengan syarikat ini. Cerita saya pun ada juga. Nanti sampai masa saya akan kongsi dengan semua?” ujarnya.

Terdahulu, beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mengeluarkan kenyataan mendakwa pengacara itu berniat jahat merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

Disebabkan itu, Awal tampil mempertahankan diri dengan menyatakan dia mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik.

Menurut Awal, apa yang dikongsinya itu adalah pendapat peribadinya dan terpulang kepada orang ramai untuk menilainya. Dalam satu lagi hantaran, Awal turut menulis; ‘berani kerana benar’.

Image_5.jpg

AWAL ASHAARI DISAMAN RM3 JUTA ATAS DAKWAAN MEMFITNAH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker