Hasil siasatan dapati tentera Australia bunuh 39 orang awam Afghanistan

53045cb9bfc7b937f0806c5cdb3c90005fb65d550db1e

KABUL, 19 Nov — Pihak berkuasa Australia pada Khamis akhirnya mendedahkan butiran siasatan mengenai sekurang-kurangnya 39 insiden pembunuhan orang awam oleh pasukan khas mereka di Afghanistan, lapor Agensi Anadolu.

Ketika menyampaikan butiran siasatan itu, Panglima Angkatan Tentera Australia Jeneral Angus Campbell turut mengemukakan permohonan maaf kepada rakyat Afghanistan

“Kepada rakyat Afghanistan, bagi pihak Angkatan Tentera Australia, saya dengan tulus memohon maaf di atas kesalahan dilakukan tentera Australia. Saya telah bercakap dengan rakan sejawat di Afghanistan, Jeneral (Yaseen) Zia, untuk menyampaikan pesanan ini,” katanya dalam satu ucapan disiarkan stesen televisyen.

Menurutnya, tindakan itu langsung tidak menghormati kepercayaan diberikan rakyat Afghanistan tatkala mereka mengharapkan pertolongan.

“Ia menghancurkan kehidupan keluarga dan masyarakat Afghanistan, menyebabkan mereka berada dalam keperitan dan penderitaan malahan ia turut membahayakan misi serta keselamatan rakan pakatan,” katanya.

Sementara itu, istana presiden Afghanistan di Kabul dalam satu kenyataan berkata Presiden Mohammed Ashraf Ghani menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkaitan hal ini.

“Dalam perbualan itu, Perdana Menteri Australia melahirkan rasa dukacitanya atas salah laku beberapa tentera Australia di Afghanistan dan memberi jaminan siasatan akan dilakukan demi menegakkan keadilan,” menurut kenyataan itu.

Serangan Taliban di selatan Afghanistan, ribuan larikan diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker