Jangan ugut dengan tindakan undang-undang – PAC

3331744ded7f4f3f2d50e5d044823cb25fb4b00e27cd6Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyifatkan kenyataan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bahawa ia sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi PAC sebagai tidak patut sama sekali dan suatu percubaan untuk mencabar serta mencabuli keutuhan institusi Parlimen.

Pengerusinya Wong Kah Woh berkata tindakan YWP itu adalah berkenaan Laporan PAC berhubung Penjualan Tanah Milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibentangkan di Parlimen, Rabu lalu.

“Segala tuduhan terhadap laporan berkenaan adalah sama sekali tidak berasas dan PAC telah menjalankan siasatan terhadap mana-mana isu tanpa prejudis kepada mana-mana pihak,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Parlimen hari ini.

Wong berkata jawatankuasa itu memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mempertikaikan kerja PAC serta mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pengerusi atau ahli PAC ketika mereka menjalankan tugas.

“Sebarang tuduhan atau ugutan kepada PAC atau mana-mana ahli jawatankuasa ini berhubung isu yang sedang disiasat atau laporan yang dibentangkan jelas mencampuri bidang kuasa Parlimen sebagai cabang legislatif di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“PAC tidak akan tunduk kepada tuduhan atau ugutan mana-mana pihak dalam menjalankan tugas jawatankuasa ini seperti yang termaktub dalam undang-undang negara,” katanya.

Kelmarin, Wong dilaporkan berkata YWP didapati terbabit dalam urus niaga meragukan membabitkan penjualan 97 plot tanah DBKL kepada syarikat swasta.

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – PAC WAJAR KAJI SEMULA KESELURUHAN LAPORAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker