NETIZEN TAK SENANG LIHAT KERJASAMA DENGAN ALI – AZHAN RANI TAMPIL TEGUR

Pelakon Azhan Rani baru-baru ini telah menerima komen negatif daripada pengikut yang meluahkan rasa kurang senang dengan kerjasamanya bersama Ali Puteh selepas penglibatan pelawak itu dalam drama ‘Mummy Oja’.

Image_1.jpg

Menjawab persoalan netizen itu, Azhan berkata, dia tiada sebarang masalah bekerjasama dengan pelawak itu kerana isu membabitkan Ali dan keluarga tiada kaitan dengan dirinya.

“Toxic detected. Aku ni bukan la jenis suka menjawab sangat tapi aku faham kadang-kadang perlu juga dijawab sesetengah perkara yang aku rasa boleh membiakkan toxic (orang berfikiran negatif).

“Jujur aku cakap sejak bekerjasama dengan Ali Puteh ramai je yang pandang semacam kat aku. Kenapa aku baik sangat dengan dia? Nak kata macam mana, dia dengan aku dan team production tak ada masalah.



“Hal peribadi dia bukan masalah aku pun dan kami tak pernah ada rasa nak campur walaupun aku tau satu Malaysia tengah kepochi (riuh) dengan isu dia. Buat masa ni kerja dia bagus, dia penceria set (penggambaran)… akan suram bila hari dia tak ada.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Apa pun masalah dia, aku pasti ada penghakiman dunia dan akhirat yang adil untuk dia dan bukan hak aku atau kita yang tak ada kena mengena ini untuk mengadilinya,” katanya menerusi Instagram pada Selasa.



Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin komen yang ditinggalkan oleh seorang pengikut di salah satu video yang dimuat naik di laman sosial itu.

Menerusi komen, individu berkenaan meluahkan rasa kurang senang dengan penglibatan Ali dalam drama tersebut: “Kenapa ada Ali? Tak minat tengok Ali,” tulis pengikut itu.

Dalam masa sama, Azhan berkata setakat ini Ali sangat komited dengan kerja dilakukan dan merupakan penceria di set penggambaran: “So far kerja dia bagus, dia penceria set. Set akan suram bila hari dia tak ada.

Image_3.jpg



“Apapun masalah dia, aku pasti ada penghakiman dunia dan akhirat yang adil untuk dia dan bukan hak aku atau kita yang tak ada kena mengena ni untuk mengadilinya.

“Beria jugak aku menjawab panjang-panjang komen tu. Rupanya bila selak bio tukang komen tu terserlah jawapan yang dia cari. Mungkin dia lupa apa yang pernah dia tulis kat bio dia,” katanya merujuk kepada pengguna laman sosial yang menulis prinsip ‘tak suka angkat kaki’ di IGnya.

Sementara itu, Azhan berkata dia terpaksa berkongsi mengenai perkara ini kerana ingin menegur wanita itu daripada berterusan menyebarkan kebencian menerusi laman sosial.

“Abang minta maaf dik… Abang up kan ko ni bukan sebab nak tengok ko popular pun. Tapi sebab nak stopkan kau sebarkan toxic. Tak baik pun buat macam tu. Kalau betul kau bermasalah dengan dia, tak payah libatkan orang lain yang tak ada kena mengena.



Image_4.jpg

“Ke ko jumpa Ali puteh tu settlekan masalah kau dengan dia. Inshaallah dik kita try la berbuat baik sesama kita. Kita hormat orang inshaallah ramai orang akan hormat kita.

“Kadang-kadang tu bila kita lantang nau cakap kita tak minat orang tu, kita lupa sebenarnya lagi ramai orang tengah tak minat kita. Wallahualam. Hidup ini senang je. Kalau kau tak suka angkat kaki,” ujarnya.

Sebelum ini, Ali terpalit dengan kontroversi melibatkan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah selepas Abam meninggal dunia pada Februari lalu. Semenjak konflik antara mereka menjadi perhatian, Ali yang juga seorang pelawak terpaksa berdepan dengan kecaman dan hinaan daripada netizen di laman sosial.



Sekitar bulan Februari lalu, Ali yang merupakan adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej kecaman gara-gara kontroversi tersebut.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

AZHAN RANI TAYANG ‘BULU KETIAK’ – PEMINAT GELI & LOYA, SIAP UNFOLLOW



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button