Polis Tawau tahan lapan pendatang asing, selesai 10 kes pecah rumah

bf60947a7ff0d799c53e86f1bc23005e5f7d8cd13d0ecACP Peter Umbuas

TAWAU, 19 Nov — Polis berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah di sini, susulan penahanan lapan pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia dalam operasi Ops Pintu dari 3 Nov hingga Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata kesemua lelaki berumur antara 19 dan 36 itu ditahan dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Tawau, dan ada antara mereka didapati memiliki rekod jenayah lampau termasuk terlibat jenayah pecah rumah, curi dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa peralatan disyaki untuk kegunaan pecah rumah serta pelbagai barangan disyaki dicuri, termasuk telefon mudah alih, semuanya bernilai sekitar RM35,000 suspek adalah rumah persendirian, rumah ibadat dan premis perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Sementara itu, Peter berkata statistik jenayah indeks kes pecah rumah pada Jan hingga Okt tahun ini menunjukan penurunan 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Suspek kes pecah rumah ditahan selepas ‘kantoi’ langgar sekatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker