Salah laku dalam KFA: Bekas Setiausaha Kehormat sedia beri keterangan

488f74822d5b782f2bf761f6364790eb5f5f2cf2985d3

 

ALOR SETAR, 18 Nov — Bekas Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Mohd Asmirul Anuar Aris berkata beliau bersedia memberi keterangan kepada mana-mana pihak berhubung dakwaan kemungkinan berlaku salah laku dalam persatuan itu oleh pengurusan sebelum ini,

Beliau juga mencabar KFA untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan itu yang dibangkitkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam.

“Kalau ada masalah (dalam pengurusan KFA) elok laporkan, sebab kita junjung dan perjuangkan integriti kerana semua yang diberitahu semalam lebih kepada tohmahan. KFA ada jawatankuasa, bukan mudah untuk lakukan penyelewengan, tambahan ada juruaudit luar yang sentiasa memantau dan dianggotai oleh SPRM dan PDRM,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN di sini hari ini.

Pada sesi soal jawab sidang DUN semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata terdapat kemungkinan berlaku pecah amanah dalam pengurusan KFA yang terdahulu.

Ia berikutan terdapat beberapa keraguan berkaitan pengurusan persatuan itu termasuk pemotongan gaji pemain untuk bayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun bayaran kepada agensi itu tidak dibuat.

Mengulas lanjut, Mohd Asmirul Anuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan berkata beliau tidak mengetahui perkara berkenaan kerana hanya menandatangani cek manakala urusan selebihnya dikendalikan oleh pihak pengurusan KFA yang lain.

Mengenai isu lambakan barang ‘merchandise’ (niaga) pula, barangan seperti payung, jersi, dan botol air sepatutnya diberikan kepada pembeli tiket bermusim, tetapi kerana ketiadaan penonton di stadium akibat COVID-19 menyebabkan barangan tersebut tidak dapat diagihkan.

“Isu lambakan jersi yang dinyatakan dalam persidangan DUN semalam juga berlaku kerana beberapa pertandingan seperti Piala Presiden, Piala Belia dan Piala Wanita dibatalkan hingga menyebabkan jersi yang telah dicetak tidak dapat dijual,” katanya.

Ada kemungkinan berlaku pecah amanah dalam KFA – Exco

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker