DAP Guna Alumni UiTM Untuk “Bunuh” Minda Mahasiswa

UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara.

Sasaran utamanya ialah untuk melahirkan graduan-graduan dikalangan bumiputera yang berpotensi untuk menguasai pasaran  dalam dan luar Negara. Semua agenda ini berjalan lancar sehingga satu ketika UiTM dikenali sebagai pusat penghasiian graduan yang terbaik dalam kepelbagaian bidang.

Tetapi agak malang bagi UiTM apabila penyerapan  fahaman politik mula menapak dikalangan graduan graduan dan pengaruh ini mula menular hebat dikalangan graduan berbangsa melayu sehinggakan pada satu tahap kecenderungan berpolitik melebihi akademik.

Hasil daripada itu, kemerosotan pencapaian dapat dilihat dikalangan bangsa Melayu berbanding dengan bangsa lain dilihat amat ketara.

Tidak dapat dinafikan, Institusi seperti UiTM sukar untuk dipisahkan daripada politik…kerana ia dibina atas dasar misi tertentu untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera agar mereka tidak ketinggalan dan terlibat dalam lanskap ekonomi negara.

Sebagai institusi pendidikan tinggi Bumiputera yang penting, ada ketikanya UiTM sememangnya wajar bersuara dalam isu-isu yang membabitkan Melayu dan Bumiputra, tetapi pada masa yang sama sedikit sebanyak telah menganggu prestasi sebilangan mahasiswa sehingga ada diantaranya didakwa oleh pihak berkuasa.

Baru baru ini kita dikejutkan dengan penganjuran bual bicara oleh parti cauvinis DAP – dengan menampilkan empat alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) – seolah-olah mahu mendapatkan kepercayaan orang Melayu khususnya mahasiswa.

PPBM Adalah Acuan Dari DAP – Kepentingan Rakyat adalah Nombor Terakhir Di Mata PPBM

Deklarasi Setapak

DAP telah melancarkan Deklarasi Setapak yang menjadi prinsip DAP (seperti dalam laman web DAP) jelas memperjuangkan kesamarataan etnik serta menentang pengkelasan Bumiputera, Bermakna kewujudan UiTM dilihat sebagai sebuah universiti yang tidak seharusnya dimanopoli oleh satu kaum sahaja.

Langkah mereka (DAP) sekarang adalah untuk memastikan peratusan kemasukan kaum lain didalam UiTM  dapat dinaikkan peratusannya. Dengan cara ini pengurangan kemasukan kaum bumiputera akan mengecil sebagai mana sebelumnya.

Deklarasi setapak merupakan asas kepada titik tolak perjuangan mereka, oleh itu untuk memantapkan lagi lorong perjuangan DAP seharusnya mereka melancarkan satu bentuk agenda dengan menggunakan pemuda atau mahasiswa berbangsa melayu didalam UiTM itu sendiri.

DAP telah mewujudkan ‘sekolah demokrasi’ dengan objektif mahu melahirkan tokoh politik Melayu daripada generasi muda yang mendukung pemikiran dan doktrin demokrasi ala-DAP.

Sekolah demokrasi DAP telah melahirkan lebih 600 graduan Melayu sejak ditubuhkan pada 2012. Difahamkan bahawa 90% daripada graduan berbangsa Melayu.Pengkaderan ini dilakukan dan mereka ini digunakan untuk menyusup kedalam universiti diseluruh Negara dan memainkan peranan untuk penyebaran doktrin DAP kepada bangsa melayu yang lain.

Seharusnya DAP amat berbangga dengan penubuhan Sekolah Demokrasi yang mana telah melahirkan graduan Melayu yang berfahaman liberal, sosialis dan memperjuangkan dasar dasar penubuhan DAP sejak 1965 lagi. Akhirnya sehingga kini mereka telah berjaya melahirkan ramai graduan Melayu seperti Syefura Othman, Dyana Sofya dan Edry Faizal Eddy Yusof.

Malahan graduan mereka seperti Dyana Sofya telah diangkat menjadi pemimpin politik Melayu yang kuat mendukung doktrin anti sistem beraja dan condong kepada sistem negara republikyang mana  diasah minda mereka untuk melenyapkan kontrak social dalam minda anak muda Melayu diperingkat university.

PPBM Adalah Acuan Dari DAP – Kepentingan Rakyat adalah Nombor Terakhir Di Mata PPBM

Kontrak sosial dan toleransi kaum Melayu adalah sesuatu yang dibuat secara persetujuan menerima pendatang kaum Cina dan India sebagai warganegara Malaysia.

Menyingkap kembali sejarah sebelum merdeka, pendatang dari Negara China dan India telah bersetuju untuk menerima prinsip atai kelebihan  yang diberikan kepada orang Melayu yang dinamakan hak keistimewaaan orang Melayu.

JUS SOLI

Bukan itu sahaja, mereka juga kena bersetuju dan mengiktiraf Raja-Raja Melayu dan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Persetujuan ini diistilahkan sebagai ‘kontrak sosial’.

Sekiranya kontrak sosial ini ditolak, maka peruntukan ‘jus soli’ kaum asing dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh ditolak, lantas mereka boleh dihantar kembali ke negara asal mereka. Perkara inilah yang menjadi “duri dalam daging” kepada DAP. Mereka harus melenyapkannya.

Sebagaimana penyataan yang dibuat oleh Lee Kwan Yew bahawa mereka tidak boleh mengalahkan bangsa Melayu kecuali mereka (DAP) menggunakan bangsa Melayu sendiri menghancurkan bangsa mereka”

Jadi pengwujudan  ‘sekolah demokrasi’ menurut acuan mereka telah mensasarkan anak muda berbangsa Melayu yang membawa fahaman  kepada negara ‘Republik Rakyat’ sebagaimana terbentuknya ‘Republik Komunis Rakyat China’ yang menuntut soal sama-rata.

Justeru itu, tidak hairanlah mengapa sekarang amat ramai anak melayu didalam university terutama UiTM  yang telah terjerumus dalam kancah politik yang membakar bangsa mereka sendiri.

Secara tidak sedar oleh anak muda Melayu apa yang mereka lakukan sekarang ini merupakan “dasar Bumi hangus” apa bila kita melihat peranan yang dimainkan oleh DAP ketika berkuasa 22 bulan dengan pelbagai strategi dilaksanakan.

Diantara yang dilakukan oleh DAP ialah melumpuhkan ekonomi, pembuangan kerja penjawat awam, penjualan aset negara, pelantikan politik Peguam Negara, Hakim Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM. serta memusnahkan institusi ekonomi kaum Melayu.

Akhir sekali, sebelum nasi menjadi bubur, walaupun sekarang nasi sudah tidak serupa nasi, pemimpin Melayu harus sedar bahawa natijahnya bukan sekarang tetapi 15-20 tahun akan datang dimana kita bangsa Melayu yang sudah lenyap segala galanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker