BILA SAJAT TERIMA UCAPAN SELAMAT HARI LELAKI SEDUNIA DARIPADA NETIZEN
Semalam iaitu tanggal 19 November, merupakan sambutan Hari Lelaki Sedunia dan sudah pasti ramai yang memberi ucapan terutamanya golongan wanita kepada ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan suami mereka.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbaru Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk tujukan ucapan tersebut buat usahawan kosmetik itu.
Menerusi videonya sedang menari yang dimuat naik di laman Instagram, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan Selamat Hari Lelaki Sedunia daripada netizen.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, dalam entri dimana Sajat yang tampil dengan dress biru ketat itu dilihat tidak membalas sebarang komen yang dilemparkan kepadanya.
Sering terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dikecam teruk susulan tindakannya memakai telekung ketika di Meka, sehingga status jantina usahawan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.
SAJAT AKAN DIDAKWA LAGI, MEMILIKI & MENJUAL PRODUK KOSMETIK TIDAK BERDAFTAR