Moratorium, KWSP Dan Harapan Rakyat.
Bermacam-macam drama politik yang berlaku di Malaysia. Dari pergaduhan dalaman parti, acara lompat-melompat parti dan pejabat SPRM diserbu ahli politik seperti mereka sedang ada rumah terbuka. Namun semuanya itu hanya wayang.
Rakyat yang kehilangan kerja, dipotong segala bentuk bantuan dalam kegusaran seharian memikirkan apakah esok ada rezeki untuk mereka, apakah yang harus mereka tanakkan diatas dapur.
Anak anak meminta makan, bil-bil bulanan harus dilunaskan. Tetapi apa kan daya sejak PN memerintah yang seakan bertuankan DAP- Segala harapan sudah hilang dari pandangan mata. Semuanya lenyap dalam sekelip mata.
Sebenarnya rakyat sudah amat bosan dengan kenyataan kenyataan yang mengatakan ekonomi bakal pulih, Pelbagai bantuan akan disalurkan kepada rakyat, namun hakikatnya untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan, syarat yang dikenakan mengalahkan mahu mendapat pinjaman puluhan juta sahaja.
Apa yang rakyat mahukan ialah kesan ekonomi dan kos sara hidup menurun – lebih-lebih lagi harapan yang diberikan oleh kerajaan baru ini. Sebenarnya rakyat di bawah, ini hanya mahukan orang politik yang membaiki ekonomi dan keadaan negara, bukan menghabiskan masa bermain politik.
Peningkatan kos sara hidup saban hari pula didapati menimbulkan suasana rakyat yang merasa resah dan bimbang terhadap kebolehan kerajaan sekarang. Kerajaan PN tidak melihat jauh dipelosok akar umbi yang mana terpaksa berjuang untuk hidup.
Atlet Terpaksa Jual “Maruah Negara”
Jika pemimpin PN peka tentang permasalahan rakyat, sudah pasti nakan terjumpa berita MyMetro Khamis, 12 November 2020 yang mana seorang pesilat Negara terpaksa menjual pingat yang dimenanginya untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hanya untuk meneruskan kelangsungan hidup, “Maruah” kebanggaan diri dan negara terpaksa dijual. Bukan beribu harganya , hanya RM100 sahaja. Butakah kerajaan PN sekarang?
Itu baru cerita pesilat , Kita tidak tahu lagi nasib nelayan, pesawah, petani, penternak dan nasib peneroka dan pekebun kecil yang semakin tertekan malah kakitangan kerajaan pula sudah mula resah dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat mutakhir ini.
Bagi rakyat yang telah meminjam pinjaman sudah pastinya mengharapkan moratorium dari pihak bank dengan kebenaran kerajaan sedia ada. Apakah kerajaan sedar hal ini, rakyat sedang berhadapan dengan pelbagai kesulitan sekarang.
Belanjawan 2021: Pengeluaran akaun 1 KWSP, moratorium bersasar antara cadangan UMNO
Rakyat mengharapkan pengeluaran tabungan mereka didalam akaun 1 KWSP namun ianya dilihat sebagai satu bentuk anagan angan apabila kerajaan meluluskan hanya RM500 sebulan. Harus dingatkan bahawa apalah sangat dengan RM500 bagi seorang peniaga yang ingin memulihkan perniagaan mereka.
Sepatutnya kerajaan meluluskan pengeluaran tabungan KWSP ini kepada semua golongan B40 yang terjejas dan bukan berpilih, Ini yang berlaku sekarang, seolah olah kerajaan tidak peka langsung dengan kesusahan rakyat sekarang.
Pembuangan kerja
Ini belum lagi cerita pembuangan pekerja yang terkini, pembuangan kerja warga tempatan hampir 1000 orang dalam perusahaan antarabangsa di Kuantan, Pahang seperti dilaporkan Sinar Harian semalam menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tiada pendekatan dalam isu untuk menangani isu penting ini.
Apa yang lebih menyedihkan adalah kekosongan tempat mereka dikatakan oleh wakil pekerja bakal diisi warga asing. Lagi menyedihkan, pekerja ini diberikan notis pemberhentian 24 jam tanpa pampasan yang pasti akan menambah beban mereka menanggung kehidupan keluarga dan ini menekan kehidupan golongan marhain atau B40 yang rata-rata menanggung liabiliti hutang yang tak mampu dijelaskan.
Sikap kerajaan PN yang lebih mementingkan agenda politik dengan perebutan jawatan dan kuasa di kalangan parti-parti komponen terutama Umno, Pas dan Bersatu di bawah Muhyiddin Yassin telah melekakan mereka untuk bekerja bagi menangani masalah ini.
Lantikan lebih 70 orang kabinet termasuk Duta Khas amat membazir wang rakyat sedangkan rakyat dipaksa mengikat perut tanpa punca pendapatan. Apa yang lebih teruk, rakyat kini melihat kabinet PN tidak berfungsi dan terperap di dalam gua kerana ketidakkompeten bekerja dan ketidakseriusan menjaga kebajikan rakyat.
Ketika ini, rakyat amat mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. Tetapi jika dilihat secara mata kasarnya harapan rakyat hanya tinggal harapan sahaja, Harapan yang dijanjikan oleh kerajaan PN untuk membantu rakyat hanya omongan kosong sahaja.