Keberkesanan inisiatif komunikasi berhubung COVID-19 agak baik – Saifuddin

b0564518a1694f27ff721a0a0d22a80a5f9fc0e10abc5Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menjawab soalan wartawan semasa melawat pusat media pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.

x

BERITA BERKAITAN

1c5c221ba163ef59e22afa965cb5b57f5ef4c6aaf1a4e-small COVID-19 persiapkan rakyat depani gaya hidup berlandaskan inovasi, teknologi
ac229602110d2b56e2f1acbcb3d53beb5f4f8d5eb14f3-small COVID-19 di Indonesia: 4,998 kes baharu, jumlah keseluruhan kini 493,308

21/11/2020 06:05 PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Inisiatif komunikasi yang telah dilaksanakan kerajaan dalam menyebarkan maklumat berhubung pandemik COVID-19 setakat ini menunjukkan keberkesanan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata perkara itu adalah berdasarkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat tentang pandemik COVID-19 yang tinggi dan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan serta arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, inisiatif komunikasi itu perlu dilipatgandakan lagi bagi memastikan kesedaran dan kefahaman rakyat terhadap wabak tersebut berada di tahap tertinggi.

“Dalam konteks virus yang tidak kelihatan dan telah merebak di tengah-tengah komuniti, kewujudan peratusan yang kecil pun yang tidak mematuhi SOP dan arahan hendaklah dilihat sebagai satu masalah yang besar.

“Di samping itu, akibat beberapa faktor terutama politik dan sebahagian besarnya adalah kesan daripada Pilihan Raya Negeri Sabah, kini timbul masalah defisit kepercayaan dengan pelbagai cabangnya yang perlu ditangani dengan cermat,” katanya kepada Bernama.

Saifuddin berkata sejak bermulanya pentadbiran di bawah Perikatan Nasional, banyak inisiatif komunikasi telah dijalankan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan pelbagai pemegang taruh lain.

Memetik rencana kolum Merentas Ruang (Bil 8, 4 Nov 2020) bertajuk ‘Prihatin Menangani COVID-19,’ beliau berkata gambaran keseluruhan yang diberikan menunjukkan bahawa kerajaan menyeimbangkan antara kesihatan dan nyawa rakyat dengan ekonomi.

Selain itu, kerja-kerja kesihatan dan bukan kesihatan (termasuk kewangan dan ekonomi) bagi menangani pandemik tersebut telah menunjukkan kejayaan serta perancangan ekonomi dilakukan dengan teratur.

Justeru, Saifuddin berkata selain meneruskan inisiatif komunikasi yang telah dijalankan selama ini, ia sedang dilipatgandakan dengan perancangan dan pelaksanaan lebih sistematik.

“Ia (perancangan) dibahagikan kepada tiga komponen iaitu ‘Analisis’, ‘Penyelesaian’ dan ‘Pelaksanaan’. Penekanannya kini ialah kualiti dan keberkesanan komunikasi, bukan sekadar kuantiti,” katanya.

INISIATIF KERAJAAN NEGERI PAHANG MENDEPANI WABAK COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker