Kes positif Covid-19 Selangor atasi Sabah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada Taklimat Khas Isu Semasa Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 21 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 di Selangor mengatasi Sabah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 402 kes berbanding Sabah dengan 346 kes.

Kes positif Covid-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai iaitu sebanyak 298 kes (74.1 peratus).



“Negeri Sabah pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pelbagai saringan Covid-19 yang giat dijalankan di sana, manakala Negeri Sembilan pula daripada pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada,” kata Dr Noor Hisham.

Sebanyak 1,041 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes terkini adalah sebanyak 53,679 kes.

Daripada jumlah itu, kes aktif kebolehan jangkitan Covid-19 adalah 12,854 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,039 kes adalah penularan Covid-19 tempatan,” katanya lagi.



Dalam pada itu, kes sembuh daripada positif Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi hari ini dengan 1,405 kes.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 40,493 kes.

Sebanyak tiga kematian direkodkan hari ini dengan semuanya berlaku di Sabah, melibatkan dua lelaki dan seorang wanita yang dalam usia antara 55 hingga 78 tahun.

Jumlah itu menjadikan kes kematian di Malaysia akibat Covid-19 sebanyak 332 kes.

Sebanyak tiga kluster baharu lagi dikesan menjadikan 327 kluster kesemuanya.

Tiga kluster itu adalah Kluster Penjara Jalan Harapan yang melibatkan Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Sejumlah 113 individu telah disaring, yang mana 17 kes telah dikesan positif Covid-19.

“Kluster kedua adalah Kluster Kota Kecil yang melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke- 47390) dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020.

“Sehingga 21 November 2020, sejumlah 467 individu telah disaring, yang mana sembilan kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang,” jelas Dr Noor Hisham lagi.

Kluster ketiga melibat daerah Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Kluster Sky Coklat setakat ini telah menjangkiti tujuh individu. – MalaysiaGazette

COVID-19: Empat kluster baharu dikesan di Sabah, Pulau Pinang dan Kedah – KP Kesihatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker