Tragedi letupan di Beirut: Perdana Menteri, tiga bekas menteri dituduh cuai

Photo: Marwan Naamani/dpa

11/12/2020 03:59 PM

BEIRUT, 12 Dis — Hakim Lubnan mendakwa Perdana Menteri Sementara, Hassan Diab bertindak cuai sehingga mencetuskan insiden letupan dahsyat pada 4 Ogos lalu di pelabuhan Beirut, mengorbankan lebih 200 orang, lapor Agensi Anadolu.

Hakim yang menyiasat kejadian itu, Fadi Sawan pada Khamis menyatakan, tiga lagi iaitu bekas Menteri Kewangan Ali Hasan Khalil, bekas Menteri Kerja Raya Yusef Fenianous, dan bekas Menteri Pengangkutan Ghazi Zaiter turut dituduh cuai, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan pada Khamis.



Sawan berkata, siasatan mendapati menteri terbabit mengabaikan beberapa notis dan amaran bagi melupuskan amonium nitrat yang disimpan di pelabuhan yang menjadi punca letupan besar-besaran itu.

Beliau akan mula menyoal siasat mereka pada Isnin depan.

Dua letupan besar menggegarkan ibu negara Lubnan pada 4 Ogos selepas 2,750 tan amonium nitrat yang terbiar di gudang pelabuhan itu disambar api.

Letupan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 200 orang dan lebih 6,000 lagi cedera manakala lebih 300,000 orang hilang tempat tinggal kerana kediaman mereka rosak teruk.



Badan kehakiman Lubnan setakat ini sudah mengeluarkan sekurang-kurangnya 28 waran tangkap ke atas pegawai keselamatan Lubnan, pegawai pelabuhan dan kastam ekoran letupan itu.

UMPAMA ‘NAGASAKI DAN HIROSHIMA’ SEWAKTU KENA BOM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker