Gempa bumi kuat berhampiran pantai Chile

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai Chile, pada pukul 8.54 pagi tadi (waktu di Malaysia).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, gempa itu berlaku kira-kira 144 km barat laut dari Talca, Chile, pada kedalaman 10 km.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *