KPDN Kelantan sita beg jenama tiruan bernilai RM33,314

KPDN Kelantan sita beg jenama tiruan bernilai RM33,314

KPDN Kelantan sita beg jenama tiruan bernilai RM33,314
KPDN Kelantan menyita 829 beg tangan pelbagai jenama menerusi Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik cap dagang. – Foto Facebook KPDN Kelantan

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 829 beg tangan wanita pelbagai jenama terkenal disyaki tiruan bernilai kira-kira RM33,314 di tiga lokasi perniagaan pada Rabu dan Khamis lalu.

Pengarahnya, Azman Ismail, berkata sitaan berkenaan dilakukan menerusi Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik cap dagang membabitkan satu kes di Kota Bharu, manakala dua kes di Machang.

Beliau berkata, sitaan itu dilakukan susulan aduan oleh wakil pemilik cap dagang serta pemantauan risikan pihaknya selama seminggu sekitar Kota Bharu dan Kuala Krai.



“Operasi dilaksanakan di premis perniagaan barangan terpakai berjenama yang dijual secara atas talian bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan, penggunaan cap dagangan tanpa kelulusan dan tanpa kebenaran daripada pemilik cap dagangan berdaftar.

“Hasil pemeriksaan menemukan beg tangan pelbagai jenis dan berjenama disyaki melanggar penggunaan cap dagangan berdaftar,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA


Azman berkata, menerusi operasi itu tiga tindakan kes dihasilkan mengikut kesalahan Seksyen 102 (1)(c) dan 100(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, kawalan dan jagaan bagi maksud perdagangan.

Menurutnya, jika sabit kesalahan pemilik premis perniagaan iaitu pertubuhan atau perbadanan boleh denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang.



“Bagi individu atau perseorangan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“KPDN Kelantan memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga yang dengan niat melakukan aktiviti tidak bermoral ini supaya menghentikannya segera,” katanya. –BERNAMA

KPDN Kelantan sita beg jenama tiruan bernilai RM33,314


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker