Jurulatih dari Itali dijangka sertai Kelantan

92a7831074ce9c7e3b0d5f1623c392c75fb8fb8f5dc43Norizam Tukiman

KOTA BHARU, 21 Nov — Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman hampir pasti memilih Ketua Jurulatih dari Itali bagi memperkasakan pasukan itu dengan β€œramuan” Itali dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Norizam berkata ketika ini rundingan dengan calon ketua jurulatih itu sudah masuk ke fasa terakhir dan jurulatih itu menunjukkan minat bersama Kelantan.

“Jurulatih itu dilihat selesa dengan tawaran yang diberikan oleh Kelantan FC serta bersedia untuk menerapkan corak permainan baharu.



Saya juga sedang melengkapkan senarai penolong jurulatih untuk bersama dengan pengendali dari Itali itu nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan pemilik pasukan Kelantan melakukan rombakan besaran terhadap barisan jurulatih apabila tidak menyambung kontrak ketua jurulatih musim ini Yusri Che Lah dan tiga pembantunya Tengku Hazman Raja Hassan, Azli Mahmood dan Ismail Chawalit Abu Bakar.

Norizam berkata apabila kesemua perkara dilengkapkan, pihaknya akan mengumumkan senarai penuh barisan jurulatih Kelantan musim 2021.

“Saya yakin barisan jurulatih yang dipilih itu mampu melaksanakan tugas dengan baik dalam usaha membawa masuk perubahan kepada permainan pasukan musim depan.



Saya berharap seluruh penyokong dapat berdiri teguh dalam mengembalikan semula Kelantan FC ke landasan mentaliti kejuaraan,” katanya.

Katanya besar harapan beliau untuk melihat musim depan Kelantan FC tampil dengan semangat baharu iaitu tidak mudah mengalah walaupun berdepan dengan tekanan tinggi semasa perlawanan.

“Sekarang ini perlu akui pasukan ketinggalan, saya mahu pemain bangkit untuk memastikan kita berjaya menang.

Buat masa ini, saya tidak mahu mendedahkan jurulatih itu…sabar apabila selesai nanti kita akam umum,” katanya.

Kelantan yang kini dikenali sebagai Kelantan FC menamatkan saingan di kedudukan keenam dalam saingan Liga Premier dan kemudiannya layak ke Piala Malaysia, musim 2020.

Zamburger cari jurulatih baharu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker