“KALI INI LEBIH MUDAH…” – IDZHAM ISMAIL & ISTERI TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI

“KALI INI LEBIH MUDAH…” – IDZHAM ISMAIL & ISTERI TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI

“Alhamdulillah isteri selamat lahirkan anak kedua kami… sama seperti anak sulung, saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran.

Image_1.jpg

“Kalau anak pertama dulu, isteri menunggu 12 jam untuk bersalin tapi kali ini sangat mudah, kami ke hospital pukul 3.30 pagi dan beberapa jam kemudian isteri selamat bersalin.

“Mujurlah semua persediaan sudah dibuat awal… tentang nama itu nanti kita akan kongsikan,” kata pelakon Idzham Ismail yang meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan anak kedua mereka pada pagi Ahad.



Menurut Idzham, 32, bayi lelaki itu dilahirkan secara normal pada pukul 7.45 pagi di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan sebelum ini dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.



Dalam pada itu, pelakon drama ‘Bukan Gadis Biasa’ ini memberitahu isterinya akan berpantang di rumah ibu mentua di Selangor.

“Isteri berpantang di rumah ibunya sebab mak mentua nak jaga… saya tak kisah mana-mana pun tak apa asalkan isteri dan anak di tempat mereka selesa dan ada orang jaga.

“Saya pun sekarang tengah penggambaran dua drama serentak, jadi kalau dia di rumah dan saya balik lambat tak ada orang yang boleh jaga pada waktu malam,” ujarnya.

Image_3.jpg



Image_4.jpg

Image_5.jpg

ISTERI ANGAH RAJA LAWAK SELAMAT LAHIRKAN ANAK PEREMPUAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button