KWSP, MORATORIUM DIPERLUKAN RAKYAT
Golongan Yang Perlukan Cadangan Najib Razak
Ini adalah senarai antara golongan yang memerlukan Moratorium dan pengeluaran Akaun1 KWSP. Penulisan asal diambil daripada facebbok netizen bernama Mahadi Bin Mahbol.
- Pekerja HotelI
- Industri Penerbangan
- Peruncitan
- Sektor Hiburan
- Mak Andam
- Pengurus Acara (Event Management)
- Pekerja Am
- Pemandu Teksi dan E-Hailing
- Pemandu Pelancong
- Tukang Gunting Rambut(Salon dan sebagainya)
- Tukang Jahit
- Pekerja Kedai Makan
- Pemandu Lori
- Pekerja Pembinaan
- Pekerja Malaysia di Singapura
Kebanyakan mereka telah samada kehabisan simpanan atau terpaksa bergolok-gadai bagi meneruskan kehidupan dalam keadaan pandemik covid19. Kemungkinan juga mereka telah menggunakan lebih 50% simpanan (kalau ada).
Mereka mungkin ada mencarum dalam KWSP tetapi tidaklah mencecah ratusan ribu ringgit. Inilah masanya mereka sangat memerlukan wwang KWSP bagi menghadapi kesukaran semasa dan masa hadapan. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang dijangkakan sekitar -4%, apa nasib mereka ini?
Moratorium juga sangat diperlukan bagi membolehkan yang terjejas ini ada tunai yang lebih bagi dibelanjakan mengikut keperluan semasa. Apa pilihan yang ada pada mereka sekiranya dua perkaraini tidak direalisasikan kerajaan? Dengan pelbagai syarat yang dikenakan KWSP bagi skim i-Sinar, dikhuatiri skim tersebut akan menjadi Syarat Puteri Gunung Ledang bagi membolehkan Sultan memiliki Puteri Idaman.
Apa yang dicadangkan Najib sebenarnya tidak ada kena mengena dengan cadangan kerjasama antara Umno-PKR yang telahpun ditolak MKT Umno. Mengapa Perikatan Nasional jadi ‘Paranoid’ setiap kali Najib beri cadangan yang baik untuk rakyat?
Moratorium, KWSP Dan Harapan Rakyat.
Moratorium, KWSP Dan Harapan Rakyat.