PPMSB perkenal pelekat khas kenderaan, elak kecurian buah sawit

d2405545eb9a830fb51995bf3d20f2185fba08461ec4d

MELAKA, 22 Nov — Susulan peningkatan harga sawit kebelakangan ini, Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (PPMSB) mengambil beberapa langkah termasuk memperkenalkan pelekat khas kenderaan untuk memasuki kawasan ladangnya di Jalan Jasin-Semujuk di Merlimau, bagi mengelak kecurian.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSMB Muhammad Muhaimin Lau Abdullah berkata pihaknya juga memasang besi penghalang di laluan tikus yang dikenal pasti di kawasan ladang seluas 809.4 hektar itu.

“Kami memperkenalkan pelekat khas ini kerana bimbang faktor kenaikan harga buah sawit ketika ini akan mendorong berlakunya kehilangan buah sawit, justeru kami terpaksa mengawalnya dengan ketat.

“Setakat ini, PPMSB telah menerima lebih 50 permohonan untuk memiliki pelekat khas daripada penduduk kampung sekitar dan mereka akan dibenarkan masuk untuk melalui kawasan ladang termasuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata langkah itu dilaksanakan setelah berbincang dengan penduduk kampung terlibat.

Menurutnya sekalipun ladang milik kerajaan negeri itu belum merekodkan kejadian seumpama, beberapa kes yang dilaporkan oleh ladang bersebelahan mendorong PPSMB mengambil langkah pencegahan.

DAP SARAWAK TUNJUK LAGAK, LETAK PELEKAT BAHASA MANDARIN DI PAPANTANDA TANPA KEBENARAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker