TAK MAHU BERCERAI – SYAMSUL AKUI TAK SEBUMBUNG, DALAM PROSES BAIKI HUBUNGAN



“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun.

Image_1.jpg

“Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan,” demikianlah jelas pengarah filem ‘Munafik’, Syamsul Yusof, 36, yang mengakui dia kini memang sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dihubungi, bagaimanapun memaklumkan dia tidak pernah cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Ditanya sejauh mana permasalahan rumah tangga yang berlaku itu akan berakhir di mahkamah, Syamsul berkata dia dan isterinya, masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka.

“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini, kami berdua perlukan masa. Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercerai. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercerai.

“Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga. Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak-anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,” katanya.

Image_3.jpg

Syamsul berkata selain terus berdoa kepada Allah SWT untuk keharmonian semula rumah tangganya, dia juga berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka.



Kisah kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, mula jadi perhatian selepas Sarah didakwa sudah ke pejabat agama pada 20 September lalu.

Untuk makluman, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Syamsul diancam keselamatan keluarga



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker