Krisis Air Di Selangor – Semua Salah Azmin Ali

Krisis bekalan air di Selangor dan Lembah Klang tidak akan selesai selagi PKR memerintah negeri ini. Sejak PKR memerintah Selangor krisis air ini tidak pernah hilang  dan tidak pernah dapat diatasi oleh kerajaan PKR.

Isu air ini sudah seumpama satu pesta bulanan di Selangor dimana setiap bulan rakyat terpaksa berbaris membawa baldi untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian. Kejadian yang berulang ulang tanpa tindakan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat ini.

Krisis Bermula

Krisis bekalan air ini berpunca dari Mohamad Azmin Ali yang berlagak pandai  dimana tidak mahu meluluskan program pembangunan sumber air, program baik pulih bekalan air dan penggantian paip air dicadangkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Azmin juga ketika itu mendakwa tiada krisis bekalan air di Selangor dan memfitnah Syarikat Puncak Niaga yang dikatakan mahu mengaut wang rakyat dengan menaikkan tarif air .

Paling memualkan lagi Menteri Besar ketika itu Mohamed Azmin Ali telah  mempengaruhi rakyat kononnya tiada masalah bekalan air di negeri ini, dan semua berita tersebut hanya propaganda yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika itu.

Bersama rakan sekutunya DAP, PKR terus melakukan persepsi dengan mengatakan bahawa kononnya perjanjiannya berat sebelah dan projek  yang dicadangkan itu hanya  menguntungkan orang UMNO dan Barisan Nasional.

Kekeliruan Rakyat

Menteri Besar dan DAP juga masa itu mengatakan bahawa air di Selangor adalah cukup dan BN hanya mahu menakut-nakutkan pengundi atau mempolitikkan isu air. Mereka  juga mengelirukan rakyat kononnya jika tarif air meningkat setiap tahun, pada tahun ini tarif air mencapai RM3.20 dan lebih mahal daripada minyak.

Pelbagai alasan diberikan kononnya tiada krisis bekalan air sedangkan di depan mata mereka masyarakat berbilang kaum menderita kesan dasar kerajaan negeri PKR yang tidak prihatin kepada rakyat.

Mereka seakan tidak melihat rakyat Selangor terutamanya yang sudah berusia dan tanpa anak-anak disisi yang terpaksa mencari rezeki di ibu kota terpaksa mengerah tulang empat kerat untuk mengangkut air yg diagihkan dan lebih teruk lagi jika duduk di flat tanpa lif!

Dari Mantan MB Azmin Ali dan sekarang  tiada perbincangan antara Puncak Niaga dan kerajaan PKR Selangor berhubung penyelesaian krisis bekalan air di Selangor dan Lembah Klang.

Sekali gus membuktikan bahawa setiap Menteri Besar dari PKR hanya sekadar pemeggang jawatan dan tiada perancangan untuk mengatasi kebajikan rakyat Selangor.

Saranan daripada kerajaan pusat BN masa itu tetap tegas untuk meneruskan projek terowong air Pahang-Selangor dan projek loji air Langat 2 kerana kita tahu masalah bekalan air akan semakin serious akibat pertumbuhan tahunan industri dan jumlah penduduk Lembah Klang. –my TV Online

Krisis Air Di Selangor Oleh Lau Chin Kok 刘振国

Krisis air di Selangor hari ini jika ditangani dengan betul, ikhlas dan penuh hikmah oleh kerajaan negeri Selangor tentu ianya sudah selesai atau sekurang-kurangnya tidaklah meruncing seperti sekarang.

Jika pembaca masih ingat lagi pada awal bulan Ogos 2011 kerajaan pusat ketika itu diterajui oleh Barisan Nasional telah memberi amaran awal berkenaan krisis bekalan air yang bakal melanda pada tahun 2014.

Kerajaan Persekutuan telah mengingatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu krisis ini bukan sahaja melibatkan penduduk di Selangor bahkan penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan merasai kesannya.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah memberi amaran MERAH agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lebih bersikap profesional dan mementingkan keperluan rakyat agar bekerjasama bagi menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

SKIM ini melibatkan projek pembinaan Logi Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem bekalan air yang berkaitan. Hasil dari projek ini, ianya akan memastikan permintaan air bersih dapat ditampung sehingga tahun 2029.

Tetapi apa yang sangat mengecewakan pemimpin Pakatan Rakyat memandang entang amaran ini dan memilih untuk berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. Bahkan mereka menggunakan modal ini untuk bermain politik tanpa menghiraukan kepentingan rakyat.

Mereka dengan sikap keras kepala masih berkhayal kononnya bekalan air terawat di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Hasilnya hari ini rakyat Selangor dan warga Kuala Lumpur yang menerima akibatnya. Pemimpin Pakatan Harapan bolehlah senang lenang di rumah kerana rumah mereka ada kolam besar.

Masalah bekalan air di Selangor tak boleh selesai dengan hanya MB pergi melihat kawasan tersebut sambil ambil bau air yang tercemar. Ianya perlu di susuli dengan gerak kerja yang tuntas, perancangan yang rapi dan tindakan undang-undang yang tegas jika perlu.

Sebab itulah kerajaan Persekutuan ketika itu yang di terajui oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak mengambil langkah-langkah perlu dan drastik bagi melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tanpa kerjasama sedikit pun dari kerajaan negeri Selangor.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun kerajaan BN ketika itu sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Leave a Reply