Lima ditahan, ‘Geng Mat Top’ terlibat curi kenderaan tumpas

c9d9630aa12ae700f537d24e537686ea5f1ebb2022638ACP Mohd Padzli Mohd Zain

JOHOR BAHRU, 23 Nov — Polis menahan lima lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kenderaan terpakai di sekitar bandar raya ini dalam empat serbuan berasingan di Ulu Tiram, di sini, dan Kota Tinggi, pada dua hari lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kesemua ahli kumpulan “Geng Mat Top” yang berumur antara 25 dan 35 tahun itu ditahan antara pukul 11.30 malam, dua hari lepas dan 2.00 petang semalam, oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

“Hasil penahanan, polis merampas empat kereta daripada mereka. Siasatan awal menunjukan mereka terlibat dengan jenayah curi kenderaaan untuk dileraikan dan dijual dalam bentuk aksesori,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata semakan rekod mendapati tiga daripada lelaki berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah dan kes dadah.

Kesemua mereka yang dipercayai aktif dalam kegiatan curi kereta dan motosikal sejak enam bulan lepas itu, kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Ibu tunggal mengaku salah miliki komputer riba curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker