JARI KELINGKING PUTERI AISHAH TERKOYAK KETIKA POTONG BUAH

Hebahkan !!!

Malang tidak berbau… demikianlah yang terjadi kepada pelakon Puteri Aishah apabila dia mengalami kecederaan parah pada bahagian jari kelingking tangan kirinya selepas terkena hirisan pisau.

Image_1.jpg

Dalam kejadian yang berlaku petang semalam, jari kelingking tangannya itu terkoyak ketika mahu memotong buah. Pengurusnya, Iman Tang berkata kecederaan di jari Puteri itu agak serius dan perlu segera menjalani pembedahan.

“Ketika kejadian, Puteri mahu memotong buah. Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.

“Dengan dibantu seorang teman, Puteri kemudiannya di bawa ke sebuah hospital swasta di Ampang untuk mendapatkan rawatan. Mengikut laporan doktor, kecederaan di jarinya agak serius. Untuk mengelakkan kesan jangka panjang, Puteri perlu menjalani pembedahan segera,” jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Iman memberitahu keadaan pelakon drama ‘Demi’ itu kini berada dalam keadaan stabil dan meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar segera sembuh.

“Saya masih belum berkesempatan bertemu dengannya kerana ada urusan ketika kejadian berlaku. Lagipun, waktu melawat sudah tamat. Keadaannya stabil mungkin disebabkan doktor memberi ubat tahan sakit ketika di bilik kecemasan.

“Insya-Allah, esok saya akan melawat Puteri Aishah dan akan maklumkan perkembangan terkini. Mujur, dia baru selesai menjalani penggambaran. Kalau tidak, susah juga. Kepada peminat Puteri, sama-samalah mendoakan supaya dia segera sembuh,” katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: