ALI BERANG ANAK JADI MANGSA NETIZEN: “MAKAN PENAMPAR MULUT TU PECAH NANTI…”

Pelawak Ali Puteh baru-baru ini memuat naik foto bersama anak lelakinya, Syed Umar Iskandar yang baru berusia dua bulan dengan disertakan kapsyen ‘My king’ menerusi laman Instagram (IG)nya.

Image_1.jpg

Namun begitu, ada segelintir pengikut Ali atau nama penuhnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, meninggalkan komen kesat pada foto anak ketiganya itu.

Sengaja mengundang pergaduhan, terdapat beberapa orang netizen meninggalkan komen berbaur perlian. Komen itu telah mencetus kemarahan Ali sekali gus memberikan peringatan untuk tidak mengaitkan anaknya.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Bagaimanapun, ada juga yang bersikap prihatin meluahkan rasa kesal terhadap individu tidak sensitif itu kerana melibatkan anak kecil yang tidak bersalah.

Ali dan isteri sebelum ini diuji apabila anak perempuan kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Selain Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2016 ini dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

DITUDUH JUAL HADIAH SITI NURHALIZA KE PAJAK GADAI – AISHAH LUAH RASA BERANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker